Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 13 November 2018

BANTU KAMI,TOLONG KAMI....



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para dermawan sekelian.
Gambar di atas memaparkan kasut dan kawasan jemuran di Asrama Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah ketika hujan turun. Kasut dan pakaian penghuni basah akibat terkena air hujan.Ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan lapang dan tidak berbumbung. Ianya sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti anak-anak terutama waktu persekolahan dimana kasut yang diletakkan basah dan baju yang dijemur juga basah.
Sehubungan dengan itu,kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah sedang dalam usaha mengumpulkan dana berjumlah RM 14,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja)  ATAU RM50.00  satu bahagian . Ianya bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:

  1. Memasang awning
  2. Membina laluan konkrit dikaki lima tepi asrama 
Sumbangan/tajaan Tuan/Puan para dermawan amat kami harapkan.

SALURKAN SUMBANGAN KE DALAM AKAUN :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
AKAUN MAYBANK :5646 8710 8450

Semoga ALLAH memberkati para dermawan sekelian.Insha ALLAH

Sabtu, 10 November 2018

SMKTD59 MENYANTUNI ANAK RAUDHATUL JANNAH (10/11/2018)



Alhamdulillah.

Terima kasih diucapkan kepada warga Alumni SMK batch 59 di atas kunjungan serta menyantuni anak-anak Raudhatul Jannah pada hari ini.Semoga Allah memberkati kalian semua.Terims kasih daun keladi..

Rabu, 7 November 2018

RAYUAN SUMBANGAN BACK 2 SCHOOL 2019

Sesi persekolahan 2018 akan melabuhkan tirainya...
Maka bermulalah sesi 2019..
RM 50.00 TAJAAN ANDA,MAMPU MENCERIAKAN HARI MEREKA.

Sumbangan/tajaan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan. Kini kami sedang mengumpulkan dana bagi membeli pakaian sekolah,alat tulis dan dana persekolahan bagi anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Ayuh rakan-rakan,bantulah kami . Kami amat memerlukan sumbangan Tuan/Puan. Sejumlah RM 25-30 ribu diperlukan bagi tujuan tersebut.

Mereka juga inginkan yang baharu....Mereka juga mempunyai keinginan..

Salurkan sumbangan /tajaan anda ke akaunPertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannahakaun Maybank 564687108450,atau sekiranya anda mempunyai persoalan,hubungi saya di talian 010-2318581/017-3128581.

*POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI,AGAR KAMI DAPAT ASINGKAN DANA KHAS IN

Ahad, 4 November 2018

UniSel 2018 (4/11/2018)


Manusia yang paling dicintai oleh  Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia  yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan  kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau  melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan  kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk  menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di  masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ). 

Alhamdulillah,4 November 2018 merupakan satu tarikh yang amat bermakna kepada kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Terima kasih diucapkan kepada 11 orang penuntut UniSel yang telah berjaya mengadakan program bersama anak-anak di sini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada 
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat,Puan Maimunah Binti Mustafa di atas kesudian hadir dan turut menyampaikan hadiah kepada anak-anak kami di sini.

Sabtu, 3 November 2018

ALLIED HEALTH 4 NEGLECTED & ABANDONED KIDS 2018





Setiap ibu/bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka.Begitu juga dengan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,kami inginkan yang terbaik untuk anak-anak jagaan kami dari pelbagai sudut termasuk kesihatan.
3 November 2018,dengan usahasama hampir 25 orang sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada para Doktor dan pegawai perubatan,satu aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diadakan.
Turut hadir,Pengerusi Bersama Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Dato (Dr) Haji Azmil Farid Zabir serta Timbalan Pengerusi,Encik Hamid Mohamad @ Asanar.
Alhamdulillah,dari sini kami dapat tahu tahap kesihatan anak-anak kami.Yang perlu dirujuk ke pihak Hospital,Insha Allah kami akan lakukan.

Terima kasih semua di atas penganjuran program yang amat bermakna ini.Kami amat mengalu-alukan program sebegini ditahun mendatang..
Jazakallah..

Ahad, 28 Oktober 2018

Engkau tiba bagaikan pelangi...





"engkau tiba bagaikan pelangi,tak bercahaya namun kau berseri.tapi cukup menghiburkan hati"
Tidak dinafikan,kehadiran penuntut-penuntut dari Unifield pada 27 Oktober 2018 sedikit sebanyak telah membuatkan anak-anak Raudhatul Jannah terhibur.Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang benar-benar memberi kesan kepada anak-anak ini.
Terima kasih dan tahniah kepada semua penuntut yang terlibat di dalam aktiviti kedua ini.

Isnin, 15 Oktober 2018

Asrama Puteri Datin Hajah Saodah Haji Malek-14 Oktober 2018



Alhamdulillah.

Ungkapan pertama yang kami mampu dan wajib ungkapkan pabila mendapat perkhabaran bahawa Dato Dr.Hj.Zabir Bin Bajuri,telah mewakafkan sebuah lagi rumah bagi menempatkan anak-anak puteri kami.

Segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin bagi menghadapi majlis yang cukup bermakna ini.

Maka,tanggal 14 Oktober 2018,secara rasminya anak-anak puteri ditempatkan di sini,di asrama yang diberi nama Asrama Puteri Datin Hajah Saodah Haji Malek.

Terima kasih Dato dan seluruh ahli keluarga.Moga Allah luaskan lagi rezeki dan sampaikan ganjaran sebaiknya buat Allahuarhamah Datin.Al-Fatihah.

Ahad, 7 Oktober 2018

DANA DIPERLUKAN SEGERA

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat-amat memerlukan sumbangan tunai untuk menggantikan zink-zink lama di bangunan yang dewan makan dan dapur utama Rumah Amal Raudhatul Jannah
Pada masa kini,kami sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja menggantikan zink lama ini dan kos dianggarkan sebanyak RM7000.00 ATAU 1 bahagian = RM50.00
Salurkan sumbangan anda ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun MAYBANK 5646 8710 8450.
-Sila whatsapp slip transaksi anda ke nombor 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawalajam Mashod) untuk tujuan pengasingan dana,notifikasi #zinkkantinrarj18
Atau datang ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting (belakang Shell dan Ole Futsal)
Kami doakan agar setiap ringgit yang anda hulurkan ,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.

Jumaat, 28 September 2018

Sedekah Jumaat

Assalammualaikum wbkt,
Salam Sejahtera.

Tajaan sumbangan RM 20.00 untuk Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Sumbangan ini akan digunakan untuk :

-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran

Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH

akaun Maybank 5646 8710 8450.
#demianakkeranaAllah

Ahad, 23 September 2018

SINAR HARAPAN SENTIASA BERSAMAMU-KPTM 2018





23 September 2018 (Ahad)

Seawal jam 8.00 pagi anak-anak Rumah Amal raudhatul Jannah telah menerima tetamu daripada Pensyarah serta 16 orang penuntut dari Kolej Polytech Mara Bangi.

Berkampung dari awal pagi hingga ke lewat petang menyantuni anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah serta mengadakan pelbagai aktiviti termasuk membersihkan kawasan luaran RARJ.

Di dalam ucapan penutup,Pengurus RARJ,Haji Zawalajam Mashod,mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan program yang telah diadakan dan berharap aktiviti ini tidak terhenti setakat ini sahaja dan berharap kesemua peserta program beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Mohd Azrul Afiq Azhri selaku wakil penghuni juga mengucapkan penghargaan kepada KPTM.Program lain dari yang lain dan beliau gembira ada pihak yang menggembirakan adik-adiknya di RARJ.
Tahniah dan syabas semua.
Semoga kita peroleh kejayaan DUNIA dan AKHIRAT.

Isnin, 17 September 2018

Peti Sejuk + Mesin Basuh

Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Kami sedang mengumpulkan dana( 1 bahagian = RM 50.00 ) bagi membiayai kos melengkapkan keperluan di Asrama Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah
Pada masa kini kami sedang berusaha mengumpulkan dana bagi membeli:-
1) Sebuah peti sejuk
2) Sebuah mesin basuh
Kami anggarkan kos keseluruhan mencecah RM2000-RM2500.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian:
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
SEMUA SUMBANGAN BERJUMLAH RM100.00 KE ATAS AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121
Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.
Notifikasi : #aspurirj

Rabu, 5 September 2018

Tajaan Bil

Assalammualaikum wbkt,
Salam Sejahtera.

Tajaan sumbangan RM 10.00 untuk biayai kos pembayaran bil elektrikRumah Amal Raudhatul Jannah  .Kos kesuruhan mencecah hampir RM 2,000.00 sebulan.

Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian

📞 www.wasap.my/60102318581
📞 www.wasap.my/60173128581

atau datang sendiri ke
🏠 Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

❗Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH

akaun Maybank 5646 8710 8450.

Jumaat, 24 Ogos 2018

Alhamdulillah..Asrama Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah


Syukur Alhamdulillah 
Di hari Jumaat yang penuh keberkatan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannahtelah menerima sebuah rumah berkembar 2 tingkat yang akan dijadikan sebagai asrama Puteri.
Kami memanjangkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada YBhg Dato Dr. Hj. Zabir Bajuri dan keluarga yang telah mewakafkan rumah ini.

Semoga Allah swt,mengurniakan sebaik ganjaran kepada Dato seisi keluarga terutama kepada Allahyarhamah Datin Hajah Saodah binti Haji Malek..Al-Fateha.
Tajaan sumbangan untuk Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Sumbangan ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan/agama
-penyelenggaraan
-keperluan penghuni & pentadbiran
SEMUA SUMBANGAN BERJUMLAH RM100.00 KE ATAS AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
akaun Maybank 5646 8710 8450.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Ahad, 19 Ogos 2018

Cukai Jalan dan Insurans

Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Kami sedang mengumpulkan dana bagi membiayai kos memperbaharui cukai jalan dan insurans untuk 2 buah van kami yang akan tamat tempohnya pada 2 dan 27 September 2018 akan datang.
Van-van ini akan digunakan untuk menghantar anak ke sekolah,mengambil anak dari sekolah,ke masjid/surau,memenuhi undangan dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian:
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
SEMUA SUMBANGAN BERJUMLAH RM100.00 KE ATAS AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121
Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Khamis, 9 Ogos 2018

DANA VAN DIPERLUKAN

Assalammualaikum,Salam sejahtera
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membeli sebuah kenderaan bagi kegunaan kami di sini khususnya penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk :
(1) Ulangalik ke sekolah
(2) Ulangalik ke kelas tambahan
(3) Menghadiri jemputan
(4) Menghadiri majlis ilmu
(5) Ke surau/masjid ( terutama hari Jumaat )
Sehubungan dengan itu,kami amat memerlukan sumbangan daripada tuan/puan para dermawan sekelian. Untuk makluman,dana terkumpul sehingga 12 NOVEMBER 2017 adalah sebanyak RM15570.00 dan kami memerlukan RM94430.00 lagi bagi merealisasikan hasrat ini.
Sumbangan RM 50.00= 1 penyertaan .

SEMUA SUMBANGAN AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121

Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450

Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
NOTIFIKASI : #danavanrarj

Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal

Jumaat, 29 Jun 2018

Tolong kami..bantu kami



Assalammualaikum wbkt,
Salam Sejahtera.
Tajaan sumbangan RM 20.00 untuk Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Sumbangan ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
akaun Maybank 5646 8710 8450.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Sabtu, 26 Mei 2018

Iftar warga Hospital Banting bersama anak-anak Raudhatul Jannah (25/5/2018)





25 Mei 2018/9 Ramadhan 1439H merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila pihak Hospital Banting menganjurkan program Iftar bersama dengan anak-anak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Timbalan Pengarah Hospital Banting,Encik Md.Ibrahim bin Md.Razali ,Yang Berusaha Dr.Rohaida binti Ramli,Timbalan Pengarah (Perubatan) barisan doktor-doktor dan jururawat serta kakitangan .

Satu kenangan yang terindah bagi kami apabila melihat Dewan Restu D'Zabir penuh dengan tetamu beramah mesran dengan anak-anak.

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang,iftar ringkas dimulakan dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.

Pada masa yang sama,pihak pengurusan berbesar hati untuk jalinkan kerjasama dengan pihak hospital untuk sebarang aktiviti-aktiviti yang bakal dirangka khususnya dari aspek kesihatan anak-anak.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini.

Jumaat, 25 Mei 2018

Rayuan sumbangan Raudhatul Jannah

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
SEDEKAH JUMAAT
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Dana-dana ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Isnin, 21 Mei 2018

Leaders Of Tomorrow by UiTM Shah Alam



20 Mei 2018 / 5 Ramadhan 1439H memberikan satu kenangan manis buat kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila penuntut dari UiTM Shah Alam mengadakan program setengah hari.Walaupun beberapa kali program ini ditunda,namun ianya tidak mematahkan semangat para penuntut UiTM untuk menabur bakti lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan ini.

Anak-anak Raudhatul Jannah didedahkan dengan pelbagai aspek yang menjurus kepada sifat kepimpinan.

Ternyata program ini memberi kesan yang mendalam buat anak-anak pabila didedahkan mengenai aspek tanggungjawab dan kebersihan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Kami doakan agar ganjaran pahala dikurniakan kepada anda semua.

Leaders Of Tomorrow by UiTM Shah Alam



20 Mei 2018 / 5 Ramadhan 1439H memberikan satu kenangan manis buat kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila penuntut dari UiTM Shah Alam mengadakan program setengah hari.Walaupun beberapa kali program ini ditunda,namun ianya tidak mematahkan semangat para penuntut UiTM untuk menabur bakti lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan ini.

Anak-anak Raudhatul Jannah didedahkan dengan pelbagai aspek yang menjurus kepada sifat kepimpinan.

Ternyata program ini memberi kesan yang mendalam buat anak-anak pabila didedahkan mengenai aspek tanggungjawab dan kebersihan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Kami doakan agar ganjaran pahala dikurniakan kepada anda semua.

Khamis, 17 Mei 2018

Rayuan Dana Ramadhan/Syawal 1439H /2018

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
SALAM RAMADHAN...
Rayuan dana Ramadhan / Syawal 1439 H diperlukan.

Dana-dana ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.

Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Selasa, 1 Mei 2018

Tajaan Ramadhan 2018


Assalammualaikum wbkt / salam sejahtera.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun�..

Sumbangan tunai /cek/pindahan wang amat kami harapkan sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Segala sumbangan akan digunakan untuk penyediaan juadah bersahur,berbuka puasa dan moreh.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, akaun maybank 5646 8710 8450.

Sebarang pertanyaan/info lanjut boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian seperti tertera :
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com
Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.

#ramadhan2018
#tajaanramadhan
#rumahamalraudhatuljannah

Sabtu, 21 April 2018

Rayuan Dana Zink

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat-amat memerlukan sumbangan tunai untuk menggantikan keseluruhan zink-zink lana di bangunan yang menempatkan pejabat pengurusan,bilik komputer,perpustakaan,dewan makan,dapur dan stor yang dianggarkan berjumlah RM17,000.00.

Kejadian ini berlaku pada 21 April 2018 sekitar jam 4.00 petang.Air hujan mencurah dan memasuki beberapa kawasan ini hingga menyebabkan beberapa peralatan dan dokumen rosak akibat terkena air hujan.

Salurkan sumbangan anda ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun MAYBANK 5646 8710 8450.

-Sila whatsapp slip transaksi anda ke nombor 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawalajam Mashod) untuk tujuan pengasingan dana-

Atau datang ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting (belakang Shell dan Ole Futsal)

Kami doakan agar setiap ringgit yang anda hulurkan ,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.

Khamis, 5 April 2018

Tajaan Aidilfitri 2018


Assalammualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada para dermawan sekelian.
Pada masa kini kami sedang giat menumpulkan dana berjumlah RM20,000.00 untuk menyediakan pakaian hari raya Aidilfitri 2018 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi untuk 38 orang anak-anak di sini.
Sehubungan dengan itu,kami memohon jasa baik para dermawan sekelian untuk membantu kami dengan menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM 30.00 / 1 penyertaan bagi tujuan tersebut.
Salurkan sumbangan ANDA ke dalam akaun :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun :
MAYBANK 5646 8710 8450
Pertanyaan :
**POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI UNTUK TUJUAN PENGASINGAN DANA**
NOTIFIKASI : #raya2018

Ahad, 25 Mac 2018

Kunjungan Marhabah



Alhamdulillah.Program Kunjungan Mahabbah Sunway University Islamic Society yang diadakan pada 25 Mac 2018/7 Rejab 1439H telah pun melabuhkan tirainya jam 6.30 petang.

Seramai 16 orang penuntut telah hadir ke Rumah Amal Raudhatul Jannah menyantuni 36 orang anak-anak di sini.

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah serta Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penuntut Sunway University ini.

Program diketuai oleh Saudara Ahmad Shamil Saadon ini sedikit sebanyak membantu anak-anak dalam pelbagai aspek terutama kerjasama dan semangat perpaduan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nampak mudah namun ianya menguji fizikal dan mental anak-anak demi mempunyai sahsiah diri yang terbaik.

Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran RARJ,Haji Zawal berharap agar kunjungan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan juga bukan pertemuan yang terakhir.Berharap agar kerjasama ini dapat dijalankan lagi dari masa ke semasa.Dikesempatan ini juga beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menggembirakan hati anak-anak syurga ini.

Beliau juga berharap agar sumbangan dapat dihulurkan bagi meringankan tanggungan perbelanjaan harian RARJ.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Maybank 5646 8710 8450.Pertanyaan dan info lanjut boleh hubungi Hj.Zawal ditalian 010-2318581/017-3128581.

Selasa, 20 Mac 2018

Lawatan ke Bandaraya Bersejarah (17 Mac 2018)



Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting telah dibawa ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pada 17 Mac 2018 yang lalu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato Ghazali dan keluarga di atas tajaan tersebut.

Pengalaman baru dan sangat berharga buat anak-anak ini.Sambil berjalan anak-anak dapat mempelajari sejarah.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.






Isnin, 19 Mac 2018

Kunjungan PAID Kuala Langat



Alhamdulillah. 2 Rejab 1439H bersamaan 19 Mac 2018 merupakan hari yang sangat bertuah dan bermakna kepada kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila dikunjungi oleh pihak Pejabat Agama islam Daerah Kuala Langat yang diketuai oleh Ustaz Ramli bin Sidom.

Terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan termasuk tajaan makan tengahari bersama anak-anak.

Semoga kunjungan ini,bukanlah merupakan kunjungan yang pertama dan bukan juga yang terakhir.Terima kasih juga di atas khidmat nasihat serta pandangan yang telah diberikan.

Moga Allah berkati kita semua,Insha Allah.

Rabu, 28 Februari 2018

Hari Raya Aidilfitri


Beberapa bulan sahaja lagi untuk seluruh umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti persiapan demi persiapan sedang rancak dilakukan demi melihat orang yang dikasihi bergembira dipagi Syawal.
Tidak ketinggalan juga kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,ingin memberikan kegembiraan untuk kesemua 38 orang anak-anak.Pakaian baru perlu kami sediakan untuk anak-anak syurga ini. Insha ALLAH kami sedaya upaya memberikan yang terbaik buat mereka semua.
Dikesempatan ini,kami mempelawa sahabat-sahabat sekelian membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM30.00 bagi merealisasikan impin anak-anak ini.
Kos dianggarkan RM20,000.00 meliputi pembelian"

  • 2 pasang baju Melayu/kurung
  • Songkok
  • Kasut
  • Seluar
  • Baju Kemeja/T-shirt

Latihan Mengosongkan Bangunan Siri 2/2018 (27/2/2018)

Jumaat, 16 Februari 2018

Ku Cipta 1 Bintang



Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penuntut Kolej Antarabangsa Unifield di atas kesudian mengadakan program bersama dengan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada 10 febuari 2018 yang lalu.

Program yang diberi nama "Ku Cipta Satu Bintang" ini melibatkan hampir 60 orang penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DEC) yang diketuai oleh Ketua Program Cik Nur A'Qilah binti Haijasi.

Sedekah Jumaat

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
LIKE & SHARE

SEDEKAH JUMAAT RM10.00

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Dana-dana ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.

POHON LIKE,#SHARE DAN TAG SAHABAT-SAHABAT AGAR KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT DENGAN SAHAM AKHIRAT INI.

Isnin, 12 Februari 2018

Dana Pendidikan Diperlukan


Assalamualaikum
Alhamdullillah pada tahun 2018 ini Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor (RARJ) menempatkan 34 orang anak-anak yang terdiri daripada golongan ASNAF/YATIM/MUALLAF .
Kami mengajak Tuan/Puan untuk MENAJA/berINFAQ bagi membiayai anak-anak ini dengan sumbangan ikhlas/ZAKAT
Semoga Tuan/Puan terbuka hati untuk menaja mereka atau menyumbang seberapa yang TERMAMPU. Setiap ringgit Infaq Tuan/Puan amat berharga buat anak-anak ini. Allah jualah yang akan membalas segala jasa & keikhlasan Tuan/Puan berlipat ganda hingga ke hari qiamat. InsyaAllah.
Semoga usaha ini mendapat rahmat dan redha Allah insyaAllah
Saya hanya seorang Hamba Allah yg Faqir, berkhidmat Kerana Allah & RasulNya.. sekadar Menyampaikan sahaja serta menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan agar masa hadapan anak syurga ini cerah.
Hakikatnya..ALLAH jua yg akan membuka hati hambaNya untuk bertindak.
HAJI ZAWALAJAM BIN HAJI MASHOD
NO. H/P 010-2318581 / 017-3128581
Akaun Rasmi :
Maybank
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
5646 8710 8450
👉🏾Jika tidak keberatan Tuan/Puan.. *Kongsi2kanlah pesanan ini* semoga anak-anak RARJ ini dapat menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat serta yang berwibawa & bertaqwa InsyaAllah. 🙂🙂

Ahad, 21 Januari 2018

Jom beramal

Assalammualaikum wbkt/Salam sejahtera.
Demi memberikan kesempurnaan dan keselesaan kepada anak-anak dalam menuntut ilmu serta menyiapkan kerja sekolah,kami amat memerlukan dana untuk membiayai kos pembelian pencetak yang berharga RM649.00.Sumbangan/Tajaan RM15.00 amat diperlukan.
Sumbangan/tajaan anda amat diharapkan. Salurkan segala sumbangan/tajaan anda ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, Maybank 564687108450.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi 010-2318581/017-3128581 ( Hj.Zawalajam Mashod ).

Rabu, 10 Januari 2018

Latihan Mengosongkan Bangunan bil 1 (9/1/2018)







Alhamdulillah,latihan mengosongkan bangunan siri 1 bagi tahun 2018 telah diadakan.Ia bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kaedah mengosongkan bangunan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor

  Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan  Integri...