Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 19 Oktober 2021

KIT UJIAN KENDIRI

 

Assalammualaikum wbkt | Salam Sejahtera.
Sejumlah RM640.00/sebulan diperlukan bagi membeli 40 set Kit Ujian Kendiri untuk warga
Rumah Amal Raudhatul Jannah apatah lagi menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak berapa lama lagi.
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
akaun MAYBANK 564687108450.
Notifikasi : #kit

Semoga dengan sumbangan ini kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan segera dan kami mendoakan agar ALLAH mengurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.Insha ALLAH.

Sabtu, 16 Oktober 2021

Menjunjung Kasih Tuanku


Alhamdulillah,tanggal 14 Oktober 2021/Khamis, pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diundang ke Istana Mestika,Shah Alam,bagi majlis  Perlancaran  Bulan Anak Yatim dan Penyerahan Replika Cek  Sumbangan Syarikat Korporat.

Di majlis ini,DYTM Tengku Amir Shah,Raja Muda Selangor,berkenan menyampaikan sumbangan yang diterima oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada rumah-rumah anak yatim/kebajikan yang berdaftar termasuk Rumah Amal Raudhatul Jannah. 


Menjunjung kasih Tuanku.Terima kasih juga diucapkan kepada badan-badan korporat yang telah menghulurkan sumbangan ,sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan harian rumah-rumah anak yatim/kebajikan terutama pada masa ini.

Bacaan doa

Bersama DYTM Tuanku, Pengerusi MAIS dan penerima sumbangan




Ahad, 10 Oktober 2021

Makan apa hari ini

 

Penyediaan ikan untuk dibakar

10 Oktober 2021 | Ahad.

Setiap bulan paling tidak sekali,anak -anak akan  request menu yang berbeza. Dan seperti lazimnya,mereka akan minta untuk program "bakar-bakar" bersama warga kerja Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Pada masa ini lah masing-masing menunjukkan kemahiran masing-masing. 
Program santai ini diadakan bagi mendidik pelbagai sikap positif untuk anak-anak seperti bersatu padu dalam apa juga perkara yang melanda dan melatih mereka agar mempunyai sikap sabar dalam hadapi sesuatu. Benda yang baik/sedap perlu ada kaedah yang tersendiri dan perlu mempunyai perancangan.
Tahniah anak-anak RARJ.
"Ini bahagian saya,jangan ambil ye"



"Mujur kawan-kawan lain tak nampak,Bismillah..."


"Udang bakar nama diberi.."

Menu telah dihidang,apa lagi,kita makan dulu.

Sabtu, 9 Oktober 2021

Semoga ALLAH makbulkan hajat


 Alhamdulillah,bacaan Yaasin dan Doa khusus untuk Encik Awang @ Jusoh bin Kechik dan Puan Wan Minah binti Wan Mat telah diadakan secara Google Meet yang dipimpin oleh Guru Agama Rumah Amal Raudhatul Jannah, Ustaz Hafizuddin Bin Norzaman.

Kami mendoakan agar ALLAH swt memberikan kesihatan dan perlindungan yang terbaik buat kedua-duanya.

Anak-anak RARJ membaca Yaasin dan Doa



Alhamdulillah juga,rezeki anak-anak pada malam ini pabila mendapat tajaan makan malam yang telah ditaja oleh Puan Mizah dan para dermawan sekelian.Terima kasih semua.



Sambal Tumis Udang Petai
Berselera

Kari Ayam



🤲Kami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian demi untuk 31 orang anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
1) akaun MAYBANK 564687108450
2) akaun BANK ISLAM 12074010066444
3) akaun BANK RAKYAT 110181002941


Khamis, 7 Oktober 2021

Bacaan Yaasin,Tahli dan Doa


 Alhamdulillah.

7 Oktober 2021|Khamis.
Selesai program RARJ bermunajat bagi siri ke 18/2021.
Majlis bacaan yaasin,tahlil dan doa ini dipimpin oleh Ustaz Hafizuddin Norzaman .
Semoga ALLAH sampaikan sebaik ganjaran pahala khusus buat arwah-arwah yang tersebut dan semoga segala hajat dimakbulkan-Nya.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Tuan/Puan yang turut serta pada malam ini. https://www.facebook.com/media/set/?vanity=rumahamal.raudhatuljannah&set=a.4326099460813798&__cft__[0]=AZVItvenqMycDINQ_Q8J32r40MXox2a4RnS_wDAeMV0UEUojipmxPmOqeZi_5vBhJsZzRXvID1CnYhkpXv7L7yVOKabMI_3NXRlAeWCVutuAdb3NaAgcNL3x7GVEb9FOdic&__tn__=-R


👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
1) akaun MAYBANK 564687108450
2) akaun BANK ISLAM 12074010066444
3) akaun BANK RAKYAT 110181002941


Info


 Alhamdulillah,kemaskini bilangan penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah yang telah menerima suntikan vaksin sehingga 6 Oktober 2021.

Minum petang


 Alhamdulillah,selepas solat Asar berjemaah,tiba giliran untuk anak-anak menikmati minum petang pula.
Menu petang ini istimewa sedikit,laksa.Permintaan anak-anak,kami tunaikan.

Terima kasih para dermawan sekelian,sumbangan yang dihulurkan dimanfaatkan sebaik mungkin ,semoga para dermawan sekelian sentiasa dirahmati ALLAH.


_______________________________________________________________________________
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
1) akaun MAYBANK 564687108450
2) akaun BANK ISLAM 12074010066444
3) akaun BANK RAKYAT 110181002941

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...