Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 2 Disember 2017

Kembali Ke Sekolah 2018

Sesi persekolahan 2017 telah melabuhkan tirainya...
Maka bermulalah sesi 2018..
RM 20.00 TAJAAN ANDA,MAMPU MENCERIAKAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK INI.
Sumbangan/tajaan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan. Kini kami sedang mengumpulkan dana bagi membeli pakaian sekolah anak-anak ini,alat-alat tulis anak-anak ini,mengumpulkan dana untuk persekolahan anak-anak ini. Ayuh rakan-rakan,bantulah kami dan Rumah Amal Raudhatul Jannah. Kami amat memerlukan sumbangan Tuan/Puan. Sejumlah RM 15-20 ribu untuk anak-anak ini.(pembelian pakaian sekolah/peralatan/alat tulis)
Mereka juga inginkan yang baharu....Mereka juga mempunyai keinginan..Mereaka juga punyai perasaan.
Salurkan sumbangan /tajaan anda ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, akaun Maybank 564687108450,atau sekiranya anda mempunyai persoalan,hubungi saya di talian
www.wasap.my/+6010-2318581
www.wasap.my/+6017-3128581.
email:
rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com ATAU
hj.zawal@gmail.com
*POHON WHATSAPP/EMAIL SLIP TRANSAKSI,AGAR KAMI DAPAT ASINGKAN DANA KHAS INI*

Selasa, 14 November 2017

Dana menggantikan atap zink DIPERLUKAN

LIKE & SHARE
Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor pada masa kini sedang berusaha untuk mengumpulkan danan berjumlah RM32500.00 bagi membiayai kos menggantikan atap zink. Ini kerana,zink yang sedia ada telah rosak dan bocor meliputi bangunan keseluruhan asrama putera,asrama puteri dan pejabat pentadbiran.
Disamping barangan kering,peralatan anak-anak juga banyak yang mengalami kerosakan akibat basah terkena air hujan . Kami juga turut bimbang mengenai keselamatan anak-anak,dikhuatiri berlakunya perkara yang tidak diingini seperti litar pintas malah ianya mengundang berlakunya kemalangan.
Tajaan/sumbangan daripada ANDA para dermawan sekelian adalah amat kami harapkan demi keselesaan dan keselamatan anak-anak.
Tajaan/Sumbangan RM30.00 untuk satu bahagian dibuka sehingga dana mencukupi. Kerja-kerja,Insha Allah akan dimulakan pada 1 Disember 2017.
Segala tajaan/sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,nombor akaun : MAYBANK 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,boleh hubungi:
Hj Zawalajam Mashod
di talian :
NOTIFIKASI : #zink
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal)

Rabu, 25 Oktober 2017

Wakaf VAN

Assalammualaikum,Salam sejahtera
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membeli sebuah kenderaan bagi kegunaan kami di sini khususnya penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk :
(1) Ulangalik ke sekolah
(2) Ulangalik ke kelas tambahan
(3) Menghadiri jemputan
(4) Menghadiri majlis ilmu
(5) Ke surau/masjid ( terutama hari Jumaat )
Sehubungan dengan itu,kami amat memerlukan sumbangan daripada tuan/puan para dermawan sekelian. Untuk makluman,dana terkumpul sehingga 1 Oktober 2017 adalah sebanyak RM14805.00 dan kami memerlukan RM105,195.00 lagi bagi merealisasikan hasrat ini.
Sumbangan RM 50.00= 1 penyertaan .
Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450
Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
NOTIFIKASI : #danavanrarj
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal

Rabu, 11 Oktober 2017

Safety First



Assalammualaikum,Salam sejahtera 
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membiayai kos pembelian dan penambahan peralatan keselamatan seperti memasang alat pengesan asap,menambah alat pemadam api dan menambah lampu kecemasan.
Kos keseluruhan dianggarkan RM 3000.00
Sehubungan dengan itu,kami berharap agar para dermawan sekelian dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM 10.00= 1 penyertaan .
Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450
Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
**Notifikasi : SAFETY ***
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah.( belakang Shell dan Ole Futsal ).

Ahad, 27 Ogos 2017

DANA DIPERLUKAN,SAHAM AKHIRAT...

Assalammualaikum,Salam sejahtera
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membiayai kos baik pulih asrama Puteri,membina bilik fail dan membina pejabat pengurusan.
Kos keseluruhan dianggarkan RM 35,000.00
Sehubungan dengan itu,kami berharap agar para dermawan sekelian dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM 20.00= 1 penyertaan .
Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450
Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
**Notifikasi : BANGUNAN ***
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal ).

Ahad, 16 Julai 2017

Rela Kuala Langat 2017





Alhamdulillah,pada tanggal 16 Julai 2017 bersamaan 22 Syawal 1438 H, RELA Kuala Langat telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Puan Pegawai RELA Daerah Kuala Langat yang baharu,Puan Rabiatul Adawiah binti Sulong.

Pelbagai juadah telah disediakan yang berkongsepkan "portluck". Terima kasih kami ucapkan kepada semua.Alhamdulillah...

Sabtu, 15 Julai 2017

Triple X EOCM



Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada Team Triple X EOCM yang beraya bersama dengan anak-anak Raudhatul Jannah. Terima kasih big boss, Encik Hezri dan sahabat-sahabat yang lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan serta menggembirakan anak-anak syurga ini.

Sabtu, 8 Julai 2017

Rezeki dikongsi bersama



Assalammualaikum,Salam sejahtera dan Salam aidilfitri.
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membeli 35 unit katil bujang dan 35 biji tilam dan bantal bagi kegunaan penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Ini kerana,peralatan sedia ada telah mula mengalami kerosakan.
Kos keseluruhan dianggarkan RM 15050.00.
Sehubungan dengan itu,kami berharap agar para dermawan sekelian dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM 20.00= 1 penyertaan .
Manakala RM 430.00 untuk 1 set.
Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450
Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal ).

Isnin, 26 Jun 2017

Ramadan Qareem



Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya,perasaan sedih bercampur gembira. Sedih kerana adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan dimasa akan datang,gembira kerana anak-anak di Raudhatul Jannah gembira meraikan Syawal.Sepanjang Ramadhan yang lalu,pelbagai program Iftar dan Sahur telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan sekelian kerana telah menaja kos iftar dan sahur pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada para dermawan-dermawan yang telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai mahupun bahan mentah. Hanya ALLAH sahaja yang dapat memberikan sebaik ganjaran kepada Tuan/Puan sekelian.

Teruskan sumbangan anda demi anak-anak syurga ini.

Salurkan sumbangan tunai Tuan/Puan ke dalam akaun Maybank PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH ( No akaun : Maybank 5646 8710 8450 )
Pertanyaan : Hubungi Pengurus RARJ ditalian 010-2318581 dan 017-3128581

Dikesempatan ini,kami ingin mengucapkan salam Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Khamis, 11 Mei 2017

Tajaan Ramadhan 2017


Assalammualaikum wbkt / salam sejahtera.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun..

Sumbangan tunai /cek/pindahan wang amat kami harapkan sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Segala sumbangan akan digunakan untuk penyediaan juadah bersahur,berbuka puasa dan moreh.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, akaun maybank 5646 8710 8450.

Sebarang pertanyaan/info lanjut boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian seperti tertera :
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com
Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.

#ramadhan2017
#tajaanramadhan
#rumahamalraudhatuljannah

Ahad, 7 Mei 2017

SUMBANGAN/WAKAF DIHARAPKAN

Assalammualaikum, pada masa kini,kami sedang mengumpulkan dana untuk menaiktaraf pendawaian elektrik di Rumah Amal Raudhatul Jannah dari Single Phase ke Three Phase.Ini kerana sistem pendawaian sedia ada sudah lama dan demi keselamatan penghuni serta warga kerja di sini,ianya perlu diganti.
Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond dan sebagainya. Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar.
Kerja-kerja,sedang dilakukan pada ketika ini dan kami mengharapkan tajaan daripada Tuan/Puan para dermawan sekelian. 

1 Tajaan berjumlah RM 20.00 dan kos sebenar dianggarkan RM 5,000.00.
Segala sumbangan/tajaan,hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, no akaun Maybank 5646 8710 8450.
SEBARANG PERTANYAAN/TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI :
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com

Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.
Segala sumbangan tunai yang diperolehi layak diberi potongan cukai oleh :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
 ( rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.8121).

Rabu, 26 April 2017

Perlepasan Cukai






Alhamdulillah,Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola serta menguruskan kebajikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah,kini telah mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).Berkuatkuasa 1 Mei 2017 hingga 30 April 2022.
Dengan adanya kelulusan

Isnin, 10 April 2017

Sumbangan ANDA ...............



Assalammualaikum/salam sejahtera.
Alhamdulillah, dari 28 Febuari 2017 hingga 10 April 2017 dana terkumpul bagi membiayai kos penambahan ruang asrama di Rumah Amal Raudhatul Jannah adalah sebanyak RM 8925.00.
Sebanyak RM5025.00 lagi kami perlukan.
Untuk makluman,kerja-kerja telah 95% siap dan Insha Allah,akan siap sepenuhnya menjelang 15 April ini.
Ruang tambahan ini selain digunakan untuk dijadikan kelas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa.
Sehubungan dengan itu,kami amat berharap agar tuan/puan dapat meneruskan sumbangan.
Salurkan segala sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun Maybank :
564687108450
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan,boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian tertera
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
ATAU
Hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
( belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit )

Khamis, 30 Mac 2017

Sehelai baju raya,sebuah senyuman,sejuta kegirangan

Aidilfitri..bakal menjelma tidak berapa lama lagi.Sudah pasti,itu yang dinanti-nantikan oleh setiap anak-anak. Begitu juga dengan anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah. Mereka juga ingin merayakannya,dengan pakaian baharu seperti mana anak-anak yang lain. Tanpa SOKONGAN para dermawan sekelian,tidak mungkin mereka dapat bergembira dipagi Syawal..
Kepada para dermawan sekelian, HULURKANLAH sumbangan/tajaan untuk anak-anak ini.
Sumbangan/Tajaan RM30.00 amat diharapkan demi untuk menggembirankan hati mereka.
Salurkan segala sumbangan tunai/pindahan wang ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
Maybank : 5646 8710 8450
sebarang pertanyaan,boleh hubungi ,Hj. Zawal
* POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI TUAN/PUAN,AGAR KAMI DAPAT MENGASINGKAN DANA INI *
ATAU hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,di lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor ( belakang SHELL dan OLE FUTSAL

Ahad, 26 Mac 2017

Sahabat Selamanya





Mewakili Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah serta pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada para penuntut Cyberjaya University College of Medical Sciences di atas kunjungan dan aktiviti yang telah diadakan bersama penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah pada 26 Mac 2017.Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah.



Terima kasih :

1) Mohd Syahmi Ridwan

2) Siti Nurul Syuhada

3) Muhammad Faizul

4) Sharifah Aziemah

5) Nurhana

6) Wan Siti Munira

7) Mirah Ainah

Ahad, 19 Mac 2017

DANA DIPERRLUKAN SEGERA

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Bagi memberi keselesaan kepada penghuni di Rumah Amal Raudhatul Jannah,terutama penghuni putera,kami berhasrat untuk membesarkan ruang asrama.

DANA TERKUMPUL SEHINGGA 19 MAC 2017-JAM 4.00 PETANG : RM 2480.00.

Kos penambahan dianggarkan RM14,000.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada tuan/puan para dermawan sekelian untuk menyumbang RM20.00 untuk 1 bahagian.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian

www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581

atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.

Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.

Rabu, 15 Mac 2017

Kerana budi ku jatuh hati





Tanpa sokongan yang berterusan daripada Tuan/Puan para dermawan sekelian,tidak mungkin  anak-anak di sini dapat meneruskan kehidupan seperti anak-anak yang lain.Terima kasih Tuan/Puan,hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala budi baik Tuan/Puan

Selasa, 7 Mac 2017

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Alhamdulilah,setelah 2 tahun beroperasi,kini Rumah Amal Raudhatul Jannah kini telah memperolehi sijil perakuan pendaftaran pusat jagaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.( rujukan B/PJB KK 005/2017).
Dengan adanya sijil perakuan ini,sedikit sebanyak dapat memberikan semangat khususnya kami warga Raudhatul Jannah untuk menabur bakti kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.


Selasa, 7 Februari 2017

Amal


Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan para dermawan sekelian untuk mengurus tadbir anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah.Olak Lempit,Banting,Selangor ( belakang Ole Futsal).
Perbelanjaan bulanan mencecah RM 30,000.00 sebulan dimana ianya akan digunakan sepenuhnya untuk :
√ Pembayaran bil utiliti
√ Pengajian dan kelas tambahan
√ Membeli barang basah dan kering
√ Penyelenggaraan kenderaan
√ Gaji kakitangan
√ Keperluan penghuni
√ Alat tulis
√ Pakaian harian/uniform
√ Penyelenggaraan bangunan serta kemudahan
Sehingga kini,kami BELUM mendapat tajaan tetap daripada mana-mana pihak,sumber dana kami adalah melalui sumbangan daripada individu perseorangan.
Selain wang tunai,amat kami harapkan.
SALURKAN SUMBANGAN TUNAI/PINDAHAN WANG/CEK di atas nama :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun Maybank: 5646 8710 8450 ( sila whatsapp slip pindahan wang ke nombor 010-2318581/017-3128581)
ATAU
Tuan/Puan boleh hadir melihat sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah. Lokasi belakang Ole Futsal/ Shell Olak Lempit,Banting.
Maps/Waze : Rumah Amal Raudhatul Jannah
SEBARANG PERTANYAAN:
Hubungi Haji Zawalajam Haji Mashod di talian :
010-2318581/017-3128581
E-mail : rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com

Khamis, 26 Januari 2017

Wakaf Jubin ( Tile )

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang mengumpulkan dana berjumlah RM 9000.00 untuk menggantikan permaidani surau kepada jubin.Keluasan surau 720 kaki persegi.

Untuk makluman,permaidani tersebut sudah agak lama dan belum pernah diganti.
Sehubungan dengan itu,kami membuka tawaran wakaf 1 lot = RM 15.00.

Salurkan segala sumbangan Tuan/Puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, Maybank akaun no 5646 8710 8450.

Sila whatsappkan slip transaksi Tuan/Puan ke nombor 010-2318581/017-3128581 ( Hj. Zawal ) bagi memudahkan kami mengasingkan dana.

Semoga ALLAH memberkati serta meluaskan lagi rezeki Tuan/Puan.

Wassalam

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...