Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sabtu, 26 Mei 2018
Iftar warga Hospital Banting bersama anak-anak Raudhatul Jannah (25/5/2018)
25 Mei 2018/9 Ramadhan 1439H merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila pihak Hospital Banting menganjurkan program Iftar bersama dengan anak-anak.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Timbalan Pengarah Hospital Banting,Encik Md.Ibrahim bin Md.Razali ,Yang Berusaha Dr.Rohaida binti Ramli,Timbalan Pengarah (Perubatan) barisan doktor-doktor dan jururawat serta kakitangan .
Satu kenangan yang terindah bagi kami apabila melihat Dewan Restu D'Zabir penuh dengan tetamu beramah mesran dengan anak-anak.
Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang,iftar ringkas dimulakan dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.
Pada masa yang sama,pihak pengurusan berbesar hati untuk jalinkan kerjasama dengan pihak hospital untuk sebarang aktiviti-aktiviti yang bakal dirangka khususnya dari aspek kesihatan anak-anak.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Go Kuala Langat Sepang
Ahad / 3 Ogos 2025 LATIHAN PUSAT BERSAMA RAKAN-RAKAN PENGENDALI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM KUALA LANGAT DAN SEPANG MENJELANG KEJOHANAN SUK...

-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Demi memastikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah kecapi kejayaan dunia dan akhirat,kam...
-
“𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan