Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 28 Ogos 2016

Saham Akhirat

TERIMA KASIH PARA DERMAWAN
Assalammualaikum.
Maaf mengganggu.
Sumbangan/wakaf untuk pembelian van baru bagi menggantikan van yang lama sedang saya usahakan. Sekiranya Dato/Datin/Tuan/Puan para dermawan berhasrat untuk menghulurkan sumbangan/wakaf atau sebarang pertanyaan,bolehlah hubungi saya di talian 0102318581 ATAU 0173128581.
Untuk makluman,van ini digunakan untuk menghantar serta memgambil anak-anak ulang alik dari sekolah,kelas tambahan,surau/masjid juga untuk memenuhi undangan.
Semoga Allah melimpahkan ganjaran sebaik-baik ganjaran kepada para dermawan sekelian.
Wassalam.
-Hj.Zawalajam Mashod,Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting-
.

Ahad, 14 Ogos 2016

One Sweet Day

Satu pengalaman yang terindah bagi 33 orang penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila dikunjungi kira-kira 17 orang penuntut dari UniTAR. Mereka berkampung di Rumah Amal Raudhatul Jannah selama 3 hari 2 malam bermula dari 12-14 Ogos 2016 di dalam satu program yang diberi nama Kenangan Sejenak,Kekal Selamanya. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama dengan anak-anak di sini,demi memberi pendedahan kepada anak-anak betapa pentingnya sikap bekerjasama dan berdikari serta sikap amanah. Jutaan teriima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Dewan Restu D'Zabir

Syukur alhamdulillah,tanggal 7 Ogos 2016, hasrat penghuni untuk memiliki sebuah dewan terbuka telah direalisasikan apabila ianya telah dirasmikan oleh Ybhg Dato'Dr.Haji Zabir bin Bajuri. Dewan terbuka ini akan digunakan untuk sebarang aktiviti selain dijadikan dewan makan utama penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah. Kira-kira 300 orang jemputan yang hadir pada majlis berkenaan. Mewakili penghuni,jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para dermawan dan khususnya pihak kontraktor kerana dapat menyiapkan dewan ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Nama Restu D'Zabir dipilih sebagai tandda penghargaan kepada Dato'Zabir bin Bajuri di atas segala sumbanganyang telah dihulurkan kepada anak-anak disini. Kamidoakan agar Dato' serta keluarga serta para dermawan sekelian senantiasa diluaskan rezeki dan segala amalan diberkati Allah.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...