Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 7 Oktober 2018

DANA DIPERLUKAN SEGERA

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat-amat memerlukan sumbangan tunai untuk menggantikan zink-zink lama di bangunan yang dewan makan dan dapur utama Rumah Amal Raudhatul Jannah
Pada masa kini,kami sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja menggantikan zink lama ini dan kos dianggarkan sebanyak RM7000.00 ATAU 1 bahagian = RM50.00
Salurkan sumbangan anda ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun MAYBANK 5646 8710 8450.
-Sila whatsapp slip transaksi anda ke nombor 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawalajam Mashod) untuk tujuan pengasingan dana,notifikasi #zinkkantinrarj18
Atau datang ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting (belakang Shell dan Ole Futsal)
Kami doakan agar setiap ringgit yang anda hulurkan ,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...