Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 29 Jun 2016

UniKL MIAT menyantuni penghuni Raudhatul Jannah

Syukur kehadrat Ilahi di atas segala-galanya. Alhamdulillah. 28 Jun 2016,seramai 25 orang penuntut dari UniKL MIAT telah berkunjung ke Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan berterawikh bersama anak-anak di sini disamping menyerahkan sumbangan barangan dapur dan kewangan. Mereka berganding bahu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Menu istimewa iaitu nasi arab dan daging kambing dihidangkan kepada anak-anak. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Program, Cik Aina di atas kejayaan menganjurkan program yang cukup bermakna ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UniKL MIAT yang hadir terutama kepada Ybhg Kapten Rahman. Kami berharap agar kunjungan ini bukan yang pertama dan yang terakhir. Banyak lagi program-program boleh diadakan bersama dimasa akan datang.

Isnin, 27 Jun 2016

Kelab EXORA Sepang dan Kuala Langat beramal.

Syukur alhamdulillah. Menjelang Aidilfitri 1437H yang bakal menjekma tidak berapa lama lagi,pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada anak-anak kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Tanggal 26 Jun 2016,kelab Exora Sepang dan Kuala Langat yang diketuai oleh Encik Hezry dan disertai kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga telah hadir ke Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama-sama. Pihak pengurusan,merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Exora Sepang dan Kuala Langat di atas program yang dilaksanakan pada hari ini serta berharap agar pertemuan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan yang terakhir dan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbanganyang telah dihulurkan. Kami juga berdoa agar rezeki para dermawan dan keluarga serta amal ibadah diberkati Allah swt.

Rabu, 1 Jun 2016

Keperluan dan barang makanan DIPERLUKAN ...

Ganjaran yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah amat besar. Sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan kemudian tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji adalah perumpamaan perbelanjaan yang dikeluarkan pada jalan Allah.
BERSEDEKAH adalah salah satu daripada apa yang disebut sebagai membelanjakan harta pada jalan Allah. Ini kerana tujuan seseorang BERSEDEKAH itu adalah atas dasar mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
BERSEDEKAH sama ada dengan wang ringgit atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya. Orang yang BERSEDEKAH mendapat balasan pahala, sementara bagi orang yang menerimanya pula dapat menggunakan SEDEKAH tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya.
Kenapa mesti BERSEDEKAH?Jawapan pada soalan ini telah dijawap sendiri oleh Allah Taala dalam al-Quran Surah at-Taubah, Ayat 130 yang tafsirnya: "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi SEDEKAH (ZAKAT), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (Surah at-Taubah:130).
Ayat ini mengajarkan untuk mengambil SEDEKAH dari hartanya kaum Mukminin, baik itu SEDEKAH yang ditentukan ataupun SEDEKAH yang tidak ditentukan. 

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...