Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 9 November 2022

Kenangan

 29 Oktober 2022 | Sabtu

Pihak pengurusan telah menerima satu kes rujukan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat yang ingin menempatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Menurut Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Langat,kanak-kanak ini dihantar oleh pihak Polis Seri Kembangan ke Balai Polis Banting bagi mendapatkan bantuan mengesan lokasi rumah yang dinyatakan namun tidak berjaya kerana beliau lupa.

Usaha mengesan waris kanak-kanak ini telah dilakukan dengan menyiarkan kisahnya dibeberapa media sosial namun sehingga kini usaha berkenaan tidak menemui jalan penyelesaian.

Kisah kanak-kanak ini dipaparkan di media sosial


Kanak-kanak ini ditempatkan sementara di premis kami bermula 29 Oktober 2022 dan berakhir 9 November 2022.

Sekitar jam 8.00 malam kanak-kanak ini dihantar ke premis kami

Membawa kanak-kanak ini membeli pakaian


9 November 2022,Rabu,kanak-kanak ini diserahkan kembali kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi proses penempatan . Terima kasih Hakimi,kerana memberi kami peluang dan ruang mencurahkan kasih dan sayang. Terima kasih di atas segala kenangan bersama.

Kenangan




Ahad, 25 September 2022

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)



Program usahasama ATM dengan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah lama dirancang namun ianya tidak dapat dilaksanakan berikutan pada masa itu penularan wabak Covid19 sedang melanda dunia.Alhamdulillah,setelah beberapa kali perbincangan diadakan,tarikh 23-25 September 2022 dipilih untuk program ini diadakan.

Program ini melibatkan 14 orang pegawai dan anggota dari 2 sayap utama Angkatan Tentera Malaysia dan di bawah kendalian TUDM-Elemen Pendidikan. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang 3 hari 2 malam ini demi untuk membentuk sahsiah diri dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak-anak dibawa ke Bukit Jugra


Program Lestari Alam. Anak-anak serta warga TUDM bersama mengutip sampah dikawasan persekitaran.


Mej Khairul Amir memberikan penerangan dan nasihat kepada anak-anak sewaktu program "Pimpin Daku" diadakan.

Tazkirah yang disampaikan oleh Mej Mohamed Huzaifah


Dikesempatan ini,kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada :
  1. Mej Mohamed Huzaifah
  2. Mej Khairul Amir
  3. Mej Mohd Khaironi
  4. Mej Khairul Soffry
  5. Mej Hamka
Wira-wira Negara


serta seluruh Pegawai dan anggota yang terlibat dan tidak ketinggalan juga penghargaan buat Mej.Khairul Anuar Haji Sabtu-TUDM
Tanda ingatan RARJ kepada warga ATM


KOSMO 4 NOV 2022

UTUSAN 4 NOV 2022





Moga ALLAH swt sentiasa mengurniakan sebaik ganjaran kepada Tuan/Puan semua dan kami berharap aktiviti ini dapat dilakukan dari tahun ke tahun.

Jumaat, 16 September 2022

Siput Sedut

 

Selamat menyambut Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Moga perpaduan yang dicipta berkekalan dan aman damai.


Sempena cuti umum pada hari ini,dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,anak-anak minta menu yang istimewa sedikit dari kebiasaannya. Teringin nak makan siput sedut. Seawal pagi anak-anak dah mula berganding bahu dengan warga kerja Rumah Amal Raudhatul Jannah bergotong-royong melakukan persiapan dan menyediakan bahan-bahan.



15kg siput telah ditempah dari pembekal bagi memenuhi permintaan anak-anak,Alhamdulillah.

Rabu, 14 September 2022

Air Force The Movie

 Setiap anak-anak sudah pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri.Ada yang ingin menjadi Doktor,ada yang ingin menjadi Polis dan sebagainya termasuklah anggota tentera .



Pada tanggal 11 September 2022,anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah dibawa ke Quaside Mall,Telok Panglima Garang,bagi menonton filem Air Force The Movie.



Disamping memberi anak-anak bergembira sambil menikmati pop-corn anak-anak secara tidak langsung dapat mendalami kehidupan dan tanggungjawab sebagai salah seorang anggota tentera. 



Selain daripada itu,anak-anak turut didedahkan dengan pelbagai sikap yang positif seperti setia kawan,tidak mudah mengalah,membuat perancangan,patuh kepada arahan serta banyak lagi.

Terima kasih kepada para dermawan sekelian,sumbangan tuan/puan kami gunakan sebaik mungkin untuk menggembirakan anak-anak ini disamping menuntut ilmu.



Isnin, 18 Julai 2022

Jom Dhuha

 

Penghuni RARJ bersama Pegawai JAKIM dan barisan penceramah


لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ المَلَائِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عليهمِ السَّكِينَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَن عِنْدَهُ

Maksud: “Tidaklah suatu kaum duduk berzikir (mengingat) Allah melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat, ditutunkan sakinah (ketenangan) dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisiNya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2700)

Alhamdulillah.

Program Jom Dhuha dan Pengukuhan Jati Diri anjuran Bahagian Dakwah JAKIM telah pun melabuhkan tirainya.

Terima kasih kami warga RARJ ucapkan kepada pihak JAKIM yang telah memberikan kami peluang dan ruang bersama menganjurkan aktiviti pada hari ini walaupun terdapat sedikit ujian di awal dan dipertengahan majlis namun program ini berjaya dilaksanakan.Terima kasih para ustaz dan ustazah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami.

Ujian untuk kami



Selesai menuntut ilmu

Cenderahati disampaikan kepada Encik Hairul

Perkongsian ilmu

Mendalami dan menghayati



Moga Allah terima segala amalan kita semua.

Khamis, 14 Julai 2022

Ibadah Korban 1443H/2022

 



Program Ibadah Qurban merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Setelah beberapa tahun sambutan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19,pada tahun ini Alhamdulillah pada tahun ini ianya telah dibenarkan untuk diadakan dan pada 11 Julai 2022 majlis ini telah diadakan.



Selain memberi peluang kepada penghuni menyambut perayaan ini,pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga membuka ruang dan peluang kepada para dermawan,masyarakat setempat,pimpinan masyarakat untuk bersama-sama menghayati maksud “pengorbanan” disamping menyantuni anak-anak jagaan di sini.



Pada tahun ini sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan dan melibatkan seramai 14 orang peserta. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM800.00 untuk 1 bahagian. Lembu-lembu ini telah disembelih dikandang lembu milik Encik Zairi di Kampung Olak Lempit.

Pada majlis ini juga,selain penglibatan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah,kerja-kerja melapah serta pembungkusan turut dibantu oleh peserta ibadah Qurban,masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.


Lembu No

Berat (kg)

Bilangan Bungkusan

01

66kg

33 bungkus

02

68kg

34 bungkus




Sabtu, 9 Julai 2022

Dengarkanlah....



"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu

Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku"


Inilah bait-bait lirik lagu Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian Demeises.Kami akan pikul segala amanah ini demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak yang menetap di Rumah Amal Raudhatul Jannah.Insha Allah,selagi ada hayat dikandung badan serta selagi para dermawan membantu kami,segala kebajikan akan dijaga.
Pada 6 Julai 2022,Rabu bertempat di Yaniez Steamboat,Kanchong Darat,Banting,satu majlis sambutan Hari Ulangtahun kelahiran bagi anak-anak yang dilahirkan pada bulan Jun,Julai dan Ogos diadakan secara sederhana.

Seramai 60 orang menghadiri majlis ini dimana ianya terdiri daripada penghuni,kakitangan,jemputan khas guru-guru daripada Sekolah Agama Kafa Integrasi As-Syariff,Telok Datok serta waris anak-anak.


Walaupun secara ringkas,namun majlis ini memberi 1001 makna buat kami khususnya anak-anak yang diraikan.Kegembiraan mereka amat bermakna buat kami apatah lagi para dermawan sekelian.


Terima kasih kepada penaja yang telah menaja program ini.Allah sahaja yang dapat memberikan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.

Isnin, 4 Julai 2022

KAWALAN & PENCEGAHAN



 Alhamdulillah,pada tanggal 4 Julai 2022 perjanjian di antara Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan pihak EVY Pest Solution telah ditandatangani.

Demi keselamatan,kesihatan dan keselesaan penghuni perhidmatan ini perlu diadakan bagi mencegah sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apatah lagi dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang.

Terima kasih EVY Pest Solution sudi bekerjasama dengan pihak kami. Antara perkhimatan yang akan dilakukan :

  1. Semburan Baki atau Resudual Spray
  2. Memasang umpan di kawasan yang tersembunyi
  3. Memasang gel di rak-rak dan kawasan simpanan makanan
  4. Pemasangan racun basmi cicak 
  5. Semburan kabus dan
  6. Menabur belerang di kawasan tertentu

Sabtu, 2 Julai 2022

Mat Kilau

 


Alhamdulillah.

Hari ni seramai 16 orang anak-anak bersama 6 pengiring bersama-sama dengan penghuni rumah-rumah anak yatim yang berdaftar dengan Yayasan Islam Darul Ehsan telah di bawa menonton tayangan filem #matkilau di #TGVCinemas #ioicitymall .


Jutaan penghargaan diucapkan kepada penaja utama Tetuan Aiman Platinum Sdn Bhd serta pihak YIDE di atas tajaan ini.


Moga Allah sentiasa memberikan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.


Pautan:
https://vt.tiktok.com/ZSdEnVU6f/?k=1

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid06WxZtPx6MnsJibiPazKa65UNdT2MGNZJNCZMTJnWQRbSguBJmXDqCTRjesZzuo81l&id=100002413601788

Ahad, 26 Jun 2022

Kita mula dari bawah


Terima kasih kami ucapkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi UKM Biomed di atas kunjungan serta berkongsi ilmu dengan anak-anak diRumah Amal Raudhatul Jannah pada hari ini.


Moga setiap ilmu yang disampaikan Allah akan berikan sebaik ganjaran pahala buat semua.Terima kasih Dr.Farahwahida Ibrahim di atas kesudian bersama.Tahniah Pengarah progam Cik Rabia'atul Adawiyah Mohd Mohyiddin dan barisan AJK Pelaksana. 




Pautan : https://vt.tiktok.com/ZSdwJEgwu/?k=1

Sedar : Jihad DADAH




Pada 25 Jun 2022,bertempat di Wangsa Walk Mall,Wangsa Maju,kami telah diundang oleh Persatuan  Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghadiri progam Self Defence Awareness.



Program yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,YB Dato' Seri Dr.Shahidan Bin Kassim ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan najis dadah.




Majlis penutup dilakukan oleh YB Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Bukit Aman.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur kerana mengundang kami.

Bersama Setiausha Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi WPKL


Jumaat, 24 Jun 2022

Luxuera santuni RARJ

 Alhamdulillah.


Terima kasih warga Luxuera Global Sdn Bhd (Ferrarossabeauty) serta para dermawan sekelian yang menyantuni kami pada tengahari ini.

Terima kasih di atas sumbangan. 



Terima kasih juga diucapkan kepada para pelanggan yang telah membeli produk Luxuera dalam kempen beli sambil beramal.



Moga Allah berikan sebaik ganjaran buat semua.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...