Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 28 Februari 2018

Hari Raya Aidilfitri


Beberapa bulan sahaja lagi untuk seluruh umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti persiapan demi persiapan sedang rancak dilakukan demi melihat orang yang dikasihi bergembira dipagi Syawal.
Tidak ketinggalan juga kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,ingin memberikan kegembiraan untuk kesemua 38 orang anak-anak.Pakaian baru perlu kami sediakan untuk anak-anak syurga ini. Insha ALLAH kami sedaya upaya memberikan yang terbaik buat mereka semua.
Dikesempatan ini,kami mempelawa sahabat-sahabat sekelian membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM30.00 bagi merealisasikan impin anak-anak ini.
Kos dianggarkan RM20,000.00 meliputi pembelian"

  • 2 pasang baju Melayu/kurung
  • Songkok
  • Kasut
  • Seluar
  • Baju Kemeja/T-shirt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...