Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 21 Mei 2021

AKTIVITI JAN MAY 2021

Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua dermawan yang telah menghulurkan sumbangan kepada kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Tanpa sumbangan dan sokongan tuan/puan sekelian,siapalah kami.
Kami mendoakan agar setiap sumbangan dan tajaan yang dihukurkan ALLAH akan membalas dengan pelbagai kebaikan di dunia mahupun akhirat.
Moga kita semua dilindungi dan dirahmati ALLAH swt.

Selasa, 18 Mei 2021

Alhamdulillah.

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat ALLAH swt.
Dari tahun 2015 hinggalah kini,pembaharuan demi pembaharuan telah kami laksanakan demi untuk keselesaan para penghuni dan yang paling utama adalah setiap sen dibelanjakan demi untuk anak-anak.Amanah yang dipikul oleh kami warga kerja adalah amat berat namun kami sedaya upaya memikul segala tanggungjawab ini sebaiknya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan sekelian samada yang pernah bersua dengan kami mahupun yang tidak,jasa serta sumbangan anda semua hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalasnya.
Kami berharap agar para dermawan terus menghulurkan sumbangan kepada kami.Banyak lagi yang perlu kami lakukan.Sahsiah serta kejayaan penghuni dalam pelbagai aspek menjadi keutamaan kami.Tanpa sokongan anda,kami TIDAK mungkin mampu merealisasikan segala impian anak-anak serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.


Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...