Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 24 Ogos 2023

Saham Akhirat Kita

 


π΄π‘ π‘ π‘Žπ‘™π‘Žπ‘šπ‘šπ‘’π‘Žπ‘™π‘Žπ‘–π‘˜π‘’π‘š/π‘†π‘Žπ‘™π‘Žπ‘š π‘†π‘’π‘—π‘Žβ„Žπ‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Ž.
🀲Kami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian demi untuk 20 orang anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah ini.
πŸ‘‰Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
π™‹π™€π™π™π™π˜½π™π™ƒπ˜Όπ™‰ π™†π™€π˜½π˜Όπ™…π™„π™†π˜Όπ™‰ π˜Όπ™Žπ™‰π˜Όπ™ π™π˜Όπ™π˜Ώπ™ƒπ˜Όπ™π™π™‡ π™…π˜Όπ™‰π™‰π˜Όπ™ƒ

Isnin, 14 Ogos 2023

SEMARAK MERDEKA 2023

 

Alhamdulillah.
Pagi ini wakil kami, Encik Jefry bersama dengan sebahagian penghuni menghadiri Majlis SEMARAK KEMERDEKAAN, SERAHAN SUMBANGAN DANA & PENYERAHAN JERSI KONTINGEN ANAK YATIM SELANGOR KE SUKAN ANAK YATIM (SUKYA) yang telah diadakan di Yayasan Anak Yatim Wardhatul Jannah, Petaling Jaya yang telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan.
Majlis penyerahan jalur gemilang telah disampaikan oleh Pendakwah selebriti Don Daniyal Don Biyajid,Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada Ketua Penghuni RARJ,Muhd,Airell Mukriz Norhashim.

Khamis, 10 Ogos 2023

kekurangan BUKAN alasan untuk GAGAL


 2023 merupakan tahun yang amat bermakna kepada kami khususnya kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah. 4 orang anak-anak ini kini menyambung pelajaran di dalam bidang yang mereka minati. Terima kasih para dermawan sekelian,TANPA sokongan dan bantuan Tuan/Puan,mereka mungkin TIDAK sampai ke tahap ini. Insha ALLAH,mereka akan berbakti semula kepada kita semua.Insha ALLAH.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...