Mengenai Kami
Ahad, 6 September 2026
Munajat SPM 2026
Ahad, 9 Ogos 2026
MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN
9 Ogos 2026 | Ahad
Alhamdulillah, warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Perkahwinan:
💐 SELAMAT PENGANTIN BARU 💐
MUHAMMAD ALIF SYAFIQ BIN MUSTAPA
❤️
CHE NORLIDA BINTI CHE HASSAN
Terima kasih kepada pihak keluarga atas undangan serta layanan yang cukup baik kepada anak-anak dan warga RARJ. Suasana majlis yang meriah serta sambutan mesra daripada pihak keluarga amat kami hargai.
Kehadiran anak-anak RARJ turut memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan majlis, mengeratkan silaturahim serta berkongsi kegembiraan bersama pasangan pengantin dan keluarga.
Semoga Allah SWT memberkati ikatan pernikahan ini, melimpahkan rahmat, kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang luas serta mengurniakan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah hingga ke syurga. 🤲🏻
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
“Semoga Allah memberkati kalian berdua, melimpahkan keberkatan ke atas kalian dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”
Terima kasih atas undangan.
Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan diberkati Allah SWT.
Daripada:
Warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ)
#RumahAmalRaudhatulJannah #RARJ #TerimaKasihAtasUndangan #SelamatPengantinBaru #WalimatulUrus #Silaturahim #SakinahMawaddahWarahmah
Rabu, 29 Julai 2026
Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Raudhatul Jannah merakamkan ucapan Salam Takziah kepada USTAZ HAFIZUDDIN NOR ZAMAN dan seluruh ahli keluarga atas pemergian anak tercinta ke rahmatullah pada:
Tarikh : 29 Julai 2026 / Rabu,
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah turut bersedih di atas ujian besar yang menimpa keluarga Ustaz. Kehilangan orang tersayang sememangnya satu ujian yang amat berat.Namun kami yakin, setiap yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada Ustaz dan isteri dalam menghadapi saat sukar ini.
Semoga anak syurga ini ditempatkan di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga dia menjadi asbab pahala, syafaat dan penantian yang indah buat kedua ibu bapa di pintu syurga kelak.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا
"Ya Allah, jadikanlah anak ini sebagai pendahulu bagi kedua ibu bapanya, sebagai simpanan dan ganjaran buat mereka di akhirat."
Al-FatihahMarilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah:
Pihak Pengurusan, Kakitangan dan Penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah mendoakan agar keluarga Ustaz diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.
Kami bersama Ustaz di dalam doa.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
- Surah Al-Baqarah : 155
IKHLAS DARIPADA
PENGURUSAN, KAKITANGAN & PENGHUNI
RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
#SalamTakziah #Innalillah #RumahAmalRaudhatulJannah #AnakSyurga
Khamis, 2 Julai 2026
JKM Turun Padang tengok anak-anak RARJ
Selasa, 30 Jun 2026
Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Bersepadu 2026
Pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan di pusat jagaan (seperti taska, tadika, atau pusat jagaan warga emas) adalah syarat wajib bagi mematuhi Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994 di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia bertujuan melindungi keselamatan dan nyawa penghuni yang berisiko tinggi
- Keselamatan Kebakaran: Memastikan premis mematuhi piawaian Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 4 Tahun 2022 untuk mengelakkan risiko nyawa dan kemusnahan harta benda.
- Laluan & Peralatan Kecemasan: Memastikan pintu keluar tidak berkunci atau terhalang serta alat pemadam api berfungsi.
- Sistem Pencegah Kebakaran: Menguji alat penggera kebakaran, loceng, dan sistem pancur air (jika berkaitan) agar berfungsi dengan baik semasa kecemasan.
- Kawalan Penyakit Berjangkit: Memastikan penghuni (terutamanya kanak-kanak dan warga emas) bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
- Piawaian Makanan & Dapur: Memeriksa kebersihan ruang penyediaan makanan, penyimpanan bahan mentah, dan jadual pemakanan bagi memastikan ia seimbang dan selamat.
- Persekitaran Premis: Menilai tahap kebersihan tandas, sistem pengudaraan, dan pencegahan pembiakan nyamuk aedes.
Alhamdulillah,pada 22 dan 23 Jun 2026,kedua agensi berkenaan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di premis kami.
Terima kasih diucapkan di atas kerjasama dan teguran.
Khamis, 11 Jun 2026
𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓
Jumaat, 29 Mei 2026
Aidiladha 2026
Alhamdulillah, Program Qurban RARJ 1447H / 2026M telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Mei 2026, Khamis bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Dengan kerjasama Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, seramai 4 ekor lembu telah disembelih terdiri daripada 3 ekor lembu korban dan 1 ekor lembu hadiah. Turut disembelih 1 ekor kambing korban.
Syukur ke hadrat Allah SWT, jamuan Sarapan Pagi dan Sup Tulang dapat dihidangkan kepada semua yang hadir hasil tajaan dana penuh daripada Pertubuhan Ihsanku Malaysia. Kehadiran dianggarkan seramai 100 orang terdiri daripada warga RARJ, jiran tetangga dan waris keluarga yang turut memeriahkan suasana.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Ihsanku Malaysia atas kemurahan hati menaja jamuan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, semua penyumbang korban, sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban ini dan membalas setiap kebaikan tuan/puan dengan pahala berlipat ganda serta keberkatan dalam hidup.
"Jazakumullahu khairan kathira"
#QurbanRARJ2026 #IhsankuMalaysia #BKMutiaraPutrajaya #RARJ
Munajat SPM 2026
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Munajat SPM 2026 Rumah Amal Raudhatul Jannah telah selesai dilaksanakan pada 5 Septembe...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Syukur alhamdulillah,tanggal 7 Ogos 2016, hasrat penghuni untuk memiliki sebuah dewan terbuka telah direalisasikan apabila ianya telah diras...