Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 13 November 2018

BANTU KAMI,TOLONG KAMI....



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para dermawan sekelian.
Gambar di atas memaparkan kasut dan kawasan jemuran di Asrama Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah ketika hujan turun. Kasut dan pakaian penghuni basah akibat terkena air hujan.Ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan lapang dan tidak berbumbung. Ianya sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti anak-anak terutama waktu persekolahan dimana kasut yang diletakkan basah dan baju yang dijemur juga basah.
Sehubungan dengan itu,kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah sedang dalam usaha mengumpulkan dana berjumlah RM 14,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja)  ATAU RM50.00  satu bahagian . Ianya bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:

  1. Memasang awning
  2. Membina laluan konkrit dikaki lima tepi asrama 
Sumbangan/tajaan Tuan/Puan para dermawan amat kami harapkan.

SALURKAN SUMBANGAN KE DALAM AKAUN :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
AKAUN MAYBANK :5646 8710 8450

Semoga ALLAH memberkati para dermawan sekelian.Insha ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...