Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sabtu, 3 November 2018
ALLIED HEALTH 4 NEGLECTED & ABANDONED KIDS 2018
Setiap ibu/bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka.Begitu juga dengan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,kami inginkan yang terbaik untuk anak-anak jagaan kami dari pelbagai sudut termasuk kesihatan.
3 November 2018,dengan usahasama hampir 25 orang sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada para Doktor dan pegawai perubatan,satu aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diadakan.
Turut hadir,Pengerusi Bersama Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Dato (Dr) Haji Azmil Farid Zabir serta Timbalan Pengerusi,Encik Hamid Mohamad @ Asanar.
Alhamdulillah,dari sini kami dapat tahu tahap kesihatan anak-anak kami.Yang perlu dirujuk ke pihak Hospital,Insha Allah kami akan lakukan.
Terima kasih semua di atas penganjuran program yang amat bermakna ini.Kami amat mengalu-alukan program sebegini ditahun mendatang..
Jazakallah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rezeki Anak : 26 September 2025
Projek Rezeki Anak Pada 26 September 2025( Jumaat ) , pengurusan dapur Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor telah me...

-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Demi memastikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah kecapi kejayaan dunia dan akhirat,kam...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan