Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 25 Mac 2018

Kunjungan Marhabah



Alhamdulillah.Program Kunjungan Mahabbah Sunway University Islamic Society yang diadakan pada 25 Mac 2018/7 Rejab 1439H telah pun melabuhkan tirainya jam 6.30 petang.

Seramai 16 orang penuntut telah hadir ke Rumah Amal Raudhatul Jannah menyantuni 36 orang anak-anak di sini.

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah serta Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penuntut Sunway University ini.

Program diketuai oleh Saudara Ahmad Shamil Saadon ini sedikit sebanyak membantu anak-anak dalam pelbagai aspek terutama kerjasama dan semangat perpaduan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nampak mudah namun ianya menguji fizikal dan mental anak-anak demi mempunyai sahsiah diri yang terbaik.

Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran RARJ,Haji Zawal berharap agar kunjungan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan juga bukan pertemuan yang terakhir.Berharap agar kerjasama ini dapat dijalankan lagi dari masa ke semasa.Dikesempatan ini juga beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menggembirakan hati anak-anak syurga ini.

Beliau juga berharap agar sumbangan dapat dihulurkan bagi meringankan tanggungan perbelanjaan harian RARJ.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Maybank 5646 8710 8450.Pertanyaan dan info lanjut boleh hubungi Hj.Zawal ditalian 010-2318581/017-3128581.

Selasa, 20 Mac 2018

Lawatan ke Bandaraya Bersejarah (17 Mac 2018)



Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting telah dibawa ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pada 17 Mac 2018 yang lalu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato Ghazali dan keluarga di atas tajaan tersebut.

Pengalaman baru dan sangat berharga buat anak-anak ini.Sambil berjalan anak-anak dapat mempelajari sejarah.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.






Isnin, 19 Mac 2018

Kunjungan PAID Kuala Langat



Alhamdulillah. 2 Rejab 1439H bersamaan 19 Mac 2018 merupakan hari yang sangat bertuah dan bermakna kepada kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila dikunjungi oleh pihak Pejabat Agama islam Daerah Kuala Langat yang diketuai oleh Ustaz Ramli bin Sidom.

Terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan termasuk tajaan makan tengahari bersama anak-anak.

Semoga kunjungan ini,bukanlah merupakan kunjungan yang pertama dan bukan juga yang terakhir.Terima kasih juga di atas khidmat nasihat serta pandangan yang telah diberikan.

Moga Allah berkati kita semua,Insha Allah.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...