Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 19 Mac 2023

Rezeki Ramadhan


 Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada warga Koperasi RENESAS yang telah santuni anak-anak menjelang Ramadhan dan Syawal yang akan datang ini.Terima kasih Puan Sabariah Sarmin dan sahabat-sahabat yang telah melayan anak-anak.Terima kasih warga kerja #MYDINMalaysia .

Terima kasih warga kerja RARJ.

Doa kami bersama para dermawan sekelian 🤲

Rabu, 15 Mac 2023

Pasar Malam

 

Agihan duit belanja
Sebut sahaja Pasar Malam,sudah pasti ramai dikalangan kita yang teruja.Selain Pasar Ramadhan,tempat inilah yang dinanti-nantikan.Pelbagai juadah dijual,pelbagai ragam dapat disaksikan

Tidak dinafikan,anak-anak jagaan kami pun begitu juga.Teruja pabila diberi kebenaran untuk pergi ke Pasar Malam berdekatan dengan diiringi oleh warga kerja kami.

Jom jalan kaki bersama-sama

Antara gerai yang menjadi tumpuan anak-anak

Penat jalan...minum dahulu ye Iqbal


Kerinduan

 


Ramadhan 1444H/2023 akan tiba tidak berapa lama lagi.Sudah menjadi kelaziman kita semua untuk ziarah pusara ahli keluarga yang telah pergi menemui pencipta yang abadi.
Tidak dinafikan,anak-anak jagaan kami juga berkeinginan untuk ziarah pusara ayah/ibu atau ahli keluarga mereka.
Seperti kelaziman,saban tahun kami akan peruntukkan beberapa hari untuk membawa anak-anak ziarah pusara ahli keluarga mereka.
Bermula 13 Mac 2023,anak dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Olak Lempit bagi membersihkan kawasan persekitaran pusara ahli keluarga kakitangan kami dan pada 14 Mac 2023,anak-anak dibawa ke Bandar Saujana Putra,Puchong dan beberapa kawasan tanah perkuburan.
Alhamdulillah,anak-anak ini sendiri membacakan Yaasin dan Tahlil untuk arwah.
Moga sebaik ganjaran sampai kepada arwah,Insha ALLAH.




Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...