Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 28 Februari 2018

Hari Raya Aidilfitri


Beberapa bulan sahaja lagi untuk seluruh umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti persiapan demi persiapan sedang rancak dilakukan demi melihat orang yang dikasihi bergembira dipagi Syawal.
Tidak ketinggalan juga kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,ingin memberikan kegembiraan untuk kesemua 38 orang anak-anak.Pakaian baru perlu kami sediakan untuk anak-anak syurga ini. Insha ALLAH kami sedaya upaya memberikan yang terbaik buat mereka semua.
Dikesempatan ini,kami mempelawa sahabat-sahabat sekelian membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM30.00 bagi merealisasikan impin anak-anak ini.
Kos dianggarkan RM20,000.00 meliputi pembelian"

  • 2 pasang baju Melayu/kurung
  • Songkok
  • Kasut
  • Seluar
  • Baju Kemeja/T-shirt

Latihan Mengosongkan Bangunan Siri 2/2018 (27/2/2018)

Jumaat, 16 Februari 2018

Ku Cipta 1 Bintang



Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penuntut Kolej Antarabangsa Unifield di atas kesudian mengadakan program bersama dengan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada 10 febuari 2018 yang lalu.

Program yang diberi nama "Ku Cipta Satu Bintang" ini melibatkan hampir 60 orang penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DEC) yang diketuai oleh Ketua Program Cik Nur A'Qilah binti Haijasi.

Sedekah Jumaat

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
LIKE & SHARE

SEDEKAH JUMAAT RM10.00

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Dana-dana ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.

POHON LIKE,#SHARE DAN TAG SAHABAT-SAHABAT AGAR KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT DENGAN SAHAM AKHIRAT INI.

Isnin, 12 Februari 2018

Dana Pendidikan Diperlukan


Assalamualaikum
Alhamdullillah pada tahun 2018 ini Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor (RARJ) menempatkan 34 orang anak-anak yang terdiri daripada golongan ASNAF/YATIM/MUALLAF .
Kami mengajak Tuan/Puan untuk MENAJA/berINFAQ bagi membiayai anak-anak ini dengan sumbangan ikhlas/ZAKAT
Semoga Tuan/Puan terbuka hati untuk menaja mereka atau menyumbang seberapa yang TERMAMPU. Setiap ringgit Infaq Tuan/Puan amat berharga buat anak-anak ini. Allah jualah yang akan membalas segala jasa & keikhlasan Tuan/Puan berlipat ganda hingga ke hari qiamat. InsyaAllah.
Semoga usaha ini mendapat rahmat dan redha Allah insyaAllah
Saya hanya seorang Hamba Allah yg Faqir, berkhidmat Kerana Allah & RasulNya.. sekadar Menyampaikan sahaja serta menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan agar masa hadapan anak syurga ini cerah.
Hakikatnya..ALLAH jua yg akan membuka hati hambaNya untuk bertindak.
HAJI ZAWALAJAM BIN HAJI MASHOD
NO. H/P 010-2318581 / 017-3128581
Akaun Rasmi :
Maybank
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
5646 8710 8450
👉🏾Jika tidak keberatan Tuan/Puan.. *Kongsi2kanlah pesanan ini* semoga anak-anak RARJ ini dapat menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat serta yang berwibawa & bertaqwa InsyaAllah. 🙂🙂

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...