Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2026

SELANGOR FC vs PDRM FC

 



Alhamdulillah, Impian Anak-Anak RARJ Tercapai!

⚽
Telah lama kami merancang untuk membawa anak-anak ke Stadium menyaksikan perlawanan Selangor FC. Tapi perancangan itu tertangguh kerana ujian yang melanda.

Namun hari ini, dengan izin Allah, impian itu akhirnya menjadi kenyataan!

Walaupun tak semua dapat hadir, kami bersyukur sangat kerana dapat menunaikan hajat anak-anak. Ramai antara mereka ini pertama kali jejakkan kaki ke Stadium. Selama ini hanya mampu menonton di kaca TV, hari ini mereka dapat merasai sendiri suasana gemuruh dan semangat di dalam Stadium

.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Hjh. Ruby kerana sudi menaja dana untuk membawa anak-anak ke Stadium. Air mata syukur kami tak dapat ditahan melihat senyuman dan kegembiraan anak-anak yang melompat kegirangan sepanjang perlawanan.

Moga Allah SWT membalas jasa Hjh. Ruby dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, dan pahala yang berterusan. Semoga kebaikan ini menjadi asbab kebahagiaan dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana menjadikan hari ini hari yang paling bermakna buat anak-anak RARJ.
Kami terharu, kami gembira, kami bersyukur.

Sabtu, 16 Mei 2026

Nasi Lemak "Mak Lang"




 Alhamdulillah, pagi ini anak-anak RARJ berpeluang keluar sarapan di Nasi Lemak Mak Lang, Setapak
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada penaja yang sudi menaja dana terutama kepada Puan Nor Khafizah dan keluarga untuk program sarapan luar ini. Kerana sumbangan puan, anak-anak dapat merasai pengalaman makan luar, bertukar suasana, dan tersenyum lebar pagi tadi. Semoga Allah gandakan rezeki dan permudahkan segala urusan dunia akhirat.

Terima kasih juga kepada Mak Lang sekeluarga atas layanan mesra, makanan yang sedap, dan layanan yang penuh kasih sayang kepada anak-anak kami. Semoga kedai Mak Lang terus dimurahkan rezeki dan diberkati.
Doa kami:
Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan peluang ini.
Berkatilah para penaja yang bermurah hati, balaslah kebaikan mereka dengan syurgaMu.
Berkatilah keluarga Mak Lang, murah rezeki, sihat tubuh badan, dan dilindungi selalu.
Jaga anak-anak RARJ ini, jadikan mereka anak soleh solehah yang membalas jasa semua yang membantu mereka.
InsyaAllah kebaikan ini menjadi asbab pahala yang berterusan untuk semua.

Ahad, 10 Mei 2026

dari DAPUR ke HATI


 10 Mei 2026 | Ahad

AKTIVITI SANTAI PETANG ANAK-ANAK RARJ: DARI DAPUR KE HATI
Alhamdulillah petang yang produktif di Rumah Amal Raudhatul Jannah 🧑‍🍳
Hari ni anak-anak putera & puteri RARJ diberi task istimewa: menyiapkan juadah minum petang sendiri!
Menu pilihan hati:
🧀 Cheesekut– susun biskut, pukul cream cheese, tabur milo
🍫 Kek Batik – cairkan butter, gaul biskut lemak, tekan dalam loyang
Dari yang tak pernah pegang spatula, sampai yang berebut nak rasa adunan. Ada yang comot, ada yang melekat kat tudung, tapi semua excited!

Yang paling mahal:
Kerjasama.
Abang tolong adik patahkan biskut. Kakak ajar cara lapik plastik. Siap saling suap rasa – "Sedap tak?"
TAHNIAH SEMUA ANAK-ANAK RARJ! 👏
Korang buktikan umur bukan penghalang untuk belajar kemahiran hidup.
Ilmu yang sedikit ini akan jadi bekal besar satu hari nanti.
Hari ini pandai buat cheesekut, esok lusa boleh buka kedai.
Hari ini belajar sabar tunggu kek batik keras, esok lusa sabar hadap ujian hidup.
Hari ini kongsi juadah dengan kawan, esok lusa kongsi rezeki dengan dunia.

Kemahiran dapur = kemahiran survival.
Yang penting bukan jadi chef 5 bintang, tapi jadi manusia yang boleh berdikari & tak bebankan orang.
Terima kasih Khaira Khairina dan Hatorikhazuha Hatori penjaga yang sabar ajar dari A sampai Z. Terima kasih penaja bahan: biskut, milo, cream cheese, butter. Moga Allah ganti lebih banyak.
Petang ni kita makan hasil tangan sendiri. Esok kita kongsi dengan jiran.
Itulah RARJ – belajar, buat, kongsi ❤️

Ahad, 12 April 2026

Sinar Raya

 

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, atas segala limpah perkenan dan sumbangan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Sunway dan Selangor Youth Community (SAY) di atas undangan.


Ahad, 21 Disember 2025

Univerisity Of Cyberjaya


Program kerjasama antara Rumah Amal Raudhatul Jannah, Universiti of Cyberjaya dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah berjaya dilaksanakan pada 21
Disember 2025. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara institusi pendidikan serta pertubuhan kebajikan di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Antara aktiviti yang dijalinkan :
1 Sesi suai kenal antara pelajar dan penghuni rumah amal.
2.Aktiviti permainan dan sukaneka bersama anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah.
3.Penyampaian sumbangan dan cenderamata kepada pihak rumah amal.
4.Jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar kenangan.
Program berakhir pada jam 4.00 petang dengan suasana penuh mesra dan harmoni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada para penuntut dan pensyarah Universiti of Cyberjaya atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada YBhg. Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, Setiausaha Agung Peyatim Malaysia , atas sokongan padu dan kehadiran beliau yang telah menyuntik semangat kepada semua peserta dan penghuni rumah amal.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, pertubuhan kebajikan dan masyarakat. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.

Sabtu, 20 Disember 2025

Rot Thai Steamboat

 


Pada 19 Disember 2025, seramai 39 orang yang terdiri daripada anak-anak serta kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menyertai program Family Day 2025 yang diadakan di Rot Thai Steamboat, Setapak. Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh ceria, santai dan menyeronokkan.



Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara anak-anak dan kakitangan, di samping memberi peluang kepada semua untuk berehat serta menikmati masa berkualiti bersama selepas melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Program ini juga menjadi wadah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan warga Rumah Amal Raudhatul Jannah.



Sepanjang majlis, para peserta menikmati hidangan steamboat yang lazat sambil berinteraksi dalam suasana mesra dan harmoni. Gelak tawa dan keceriaan jelas terpancar di wajah setiap peserta, menjadikan malam tersebut penuh dengan kenangan indah.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Roslan Mohd Ghazali atas tajaan dana bagi menjayakan program ini. Sumbangan dan sokongan beliau amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kejayaan Family Day Rumah Amal Raudhatul Jannah 2025.




Khamis, 18 Disember 2025

Pengurusan Pembinaan, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.

 


14 Disember 2025/ Ahad

Alhamdulillah,anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah / Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah pada hari ini bersama dengan para Pelajar Pengurusan Pembinaan, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.
Terima kasih Dr Iffah Farhana Abu Talib selaku Pensyarah Pengiring di atas kesudian bersama dengan kami pada hari ini.
TAHNIAH saudari Alia Abdullah serta barisan ahlijawatankuasa Pelaksana Program juga kepada semua yang terlibat di atas segala perkongsian ilmu . Moga kita semua mendapat rahmat Dan keberkatan Dari Nya


Sabtu, 11 Oktober 2025

Santuni Anak-anak Kebajikan


 Terima kasih diucapkan kepada pihak Horizon L&L di atas undangan ke majlis penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik rumah.

Terima kasih YB Papparaidu Veraman menyantuni anak-anak

Isnin, 22 September 2025

Konsert Intifada Rabbani 2025

 20 Sept 2025/Sabtu.

Alhamdulillah.
terima kasih diucapkan kepada pihak penaja , Universe Gateway Sdn Bhd di atas kesempatan dan peluang untuk anak-anak menyaksikan Konsert #konsertntifadarabbani .



Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...