Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 20 November 2023

JAD's Give Back Activity 2023


 

 19 Nov 2023 /AHAD


Alhamdulillah.


Terima kasih kami ucapkan kepada pihak #banknegaramalaysia (Jabatan Audit Dalam) kerana menyantuni anak-anak kami pada hari ini sempena dengan program JAD's Give Back Activity 2023.


Terima kasih menggembirakan hati anak-anak.


Kami doakan agar Allah swt sentiasa merahmati dan memberikan sebaik ganjaran kepada semua.


Terima kasih khusus kami ucapkan kepada Pengarah JAD, Puan Marina, Penolong Pengarah, Encik Nazim, Puan Nadia dan tidak ketinggalan wakil dari BNM Volunteers, Puan Suraya serta seluruh barisan sukarelawan dan kakitangan JAD yang turut serta pada hari ini 


Terima kasih juga barisan krew-krew RJ yang mengawal selia anak-anak pada hari ini.

Jumaat, 17 November 2023

Terlatih

 


Alhamdulillah,demi menambahkan ilmu pengetahuan dan kecekapan kakitangan RARJ,seramai 4 orang warga kerja telah dihantar mengikuti kursus anjuran Majlis Kebajikan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.



Kursus di atas talian ini telah diadakan  pada 7 November 2023 yang lalu.
Tahniah semua.





Sabtu, 11 November 2023

Sulami Kasih

Bersama Tok Abah

 11 November 2023 (Sabtu ), Alhamdulillah,pada hari ini anak-anak kami telah diundang oleh pihak TV Alhijrah untuk bersama di dalam slot Sulami Kasih di dalam program Assalamualaikum An-Nisa yang turut dihadiri Duta PEYATIM Malaysia, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Tok Abah menyampaikan nasihat kepada anak-anak sebelum program bermula

Merakamkan kenangan dihadapan pintu masuk Studio TV Al-Hijrah


Rabu, 8 November 2023

Nasi Arab Morocco

 


Pengalaman baharu buat kami .Tambah sumber dana dengan menjual Nasi Arab Morocco bermula 6 November 2023 yang lalu.

Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan perbelanjaan harian kami.Akan usahakan sebaik mungkin mencari dana demi kebajikan anak-anak syurga kami.

Alhamdulillah,sehingga 8 Nov 2023,sambutan yang diterima amat menggalakkan.Kami buat tak banyak,sekitar 50 bungkus sehari.Alhamdulillah.Terima kasih semua yang sokong beli dan beramal.Moga sebaik ganjaran pahala dikurniakan kepada Tuan/Puan.


Alhamdulillah.

Jualan 8 Nov 2023 (Rabu) DITUTUP hari ini.

Terima kasih semua.Terima kasih di atas sokongan.


Tempahan dibuka.

Boleh whatsapp :

Hj Zawalajam Mashod 0102318581

Encik Jefry Zani Putra Zaim Putra 01130898360

Puan Mashiedayu Toyimon 01111711899

Khamis, 2 November 2023

Ikan Keli Dalam Tangki


 2 Nov 2023 /Khamis.

Syukur Alhamdulillah.
Selesai memeterai perjanjian kerjasama di antara Rumah Amal Raudhatul Jannah bersama dengan pihak Ihsan Madani sebentar tadi.
Projek Ikan Keli dalam tangki ini adalah merupakan salah satu projek pendidikan khusus kepada anak-anak RARJ disampin membantu membantu menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan operasi kami.Alhamdulillah pihak Ihsan Madani telah bersetuju untuk membiayai segala kos permulaan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas pekuang dan ruang yang telah diberikan kepada kami.Insha Allah,kami akan laksanakan amanah ini sebaik mungkin.



Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...