Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 26 Jun 2022

Kita mula dari bawah


Terima kasih kami ucapkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi UKM Biomed di atas kunjungan serta berkongsi ilmu dengan anak-anak diRumah Amal Raudhatul Jannah pada hari ini.


Moga setiap ilmu yang disampaikan Allah akan berikan sebaik ganjaran pahala buat semua.Terima kasih Dr.Farahwahida Ibrahim di atas kesudian bersama.Tahniah Pengarah progam Cik Rabia'atul Adawiyah Mohd Mohyiddin dan barisan AJK Pelaksana. 




Pautan : https://vt.tiktok.com/ZSdwJEgwu/?k=1

Sedar : Jihad DADAH




Pada 25 Jun 2022,bertempat di Wangsa Walk Mall,Wangsa Maju,kami telah diundang oleh Persatuan  Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghadiri progam Self Defence Awareness.



Program yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,YB Dato' Seri Dr.Shahidan Bin Kassim ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan najis dadah.




Majlis penutup dilakukan oleh YB Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Bukit Aman.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur kerana mengundang kami.

Bersama Setiausha Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi WPKL


Jumaat, 24 Jun 2022

Luxuera santuni RARJ

 Alhamdulillah.


Terima kasih warga Luxuera Global Sdn Bhd (Ferrarossabeauty) serta para dermawan sekelian yang menyantuni kami pada tengahari ini.

Terima kasih di atas sumbangan. 



Terima kasih juga diucapkan kepada para pelanggan yang telah membeli produk Luxuera dalam kempen beli sambil beramal.



Moga Allah berikan sebaik ganjaran buat semua.

Isnin, 20 Jun 2022

JAKIM


 

Penerangan operasi RARJ

Pada 20 Jun 2022 (Isnin),menerima tetamu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh Puan Rosnah Ismail,Tuan Hairul Musa dan Tuan Haikal.

Perbincangan program

Dalam pertemuan ini pelbagai perkara dibincangkan termasuk program usahasama RARJ dengan pihak JAKIM.

Lawatan 


Alhamdulillah.

Moga perbincangan ini mendapat keberkatan Ilahi dan moga apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Sabtu, 18 Jun 2022

Nasi Lemak Daun Pisang

 

Berbaris dahulu sebelum memasuki premis

Setelah sekian lama anak-anak tidak "outing" berikutan wabak yang melanda dan jadual kami yang agak padat beberapa bulan kebelakangan ini,hari ini  berkesempatan membawa anak-anak serta kakitangan bersarapan pagi di luar premis kami.

Seawal jam 7.30 pagi ketiga-tiga buah kenderaan kami telah tiba di Ayun Station,Taman Seri,Telok Datok. Warung yang menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang diantara menu utamanya adalah Nasi Lemak Daun Pisang.

Rambang mata untuk memilih pelbagai jenis lauk yang dihidangkan


Ketibaan kami disambut oleh Encik Khairul Azhar Misnan selaku pemilik warung. Setinggi penghargan terima kasih diucapkan kepada beliau serta warga kerjanya di atas layanan yang baik.

Bacaan doa sebelum makan diketuai oleh anakanda Ahmad Danial Haziq


Selasa, 14 Jun 2022

Persaudaraan



 Alhamdulilah,tanggal 14 Jun 2022 / Selasa , pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima kunjungan daripada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Sijangkang yang diketuai oleh Tuan Haji  Mohd Asrin Ishak. Dalam pertemuan 4 mata ini,masing-masing bertukar pendapat dan berkongsi idea demi kebaikan serta kesejahteraan penghuni-penghuni yang menetap di pusat jagaan. 
Terima kasih Tuan Haji di atas kunjungan ini.Moga segala perancangan akan diberkati ALLAH,Insha ALLAH.



Isnin, 13 Jun 2022

Akhirnya

Alhamdulillah,setelah hampir 2 minggu van ini dimasukkan ke bengkel,akhirnya hari ini ianya telah dibaiki.Alhamdulillah,dapat digunakan semula untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari/ke sekolah dan dapat digunakan juga untuk memenuhi undangan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para dermawan sekelian di atas tajaan Kos Baik Pulih van kami ini yang menelan belanja hampir RM12,000.00. Moga Allah gantikan sebaik ganjaran buat para dermawan sekelian.

Ahad, 12 Jun 2022

Kendurian

 

Buah durian diturunkan dari dalam van

Alhamdulillah,rezeki anak-anak Rumah Amal Rauhatul Jannah pada 11 Jun 2022 ( Sabtu ) pabila ada Hamba ALLAH yang telah menaja makan durian.Kami mendoakan agar Hamba ALLAH ini sentiasa dikurniakan rezeki yang seluasnya dan sentiasa di dalam rahmat Nya.
Terima kasih.

Kakitangan bersiap sedia untuk mengopek buah durian sambil dinantikan oleh anak-anak



Bismillah...Ngapppp


Makan berjemaah


Pemantapan Jati Diri Anak-anak Yatim dan Asnaf



 Pada 10 - 12 Jun 2022,bertempat di Kem El-Azzhar Camp ,Morib 8 orang penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah dihantar mengikuti program pemantapan jati diri khusus untuk anak-anak yatim dan asnaf .

Program ini merupakan program tnggungjawab sosial Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Dr.Aishah Dynamic Consultancy Sdn Bhd dan dengan kerjasama 2 buah rumah anak yatim dan asnaf di dalam Daerah Kuala Langat, Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sungai Buaya.

Sebahagian penghuni RARJ yang melapor diri

Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik menjurus kepada pembentukan sahsiah diri dan jati diri.

Dr.Aishah Bt. Haji Kasa

Peserta mendengar taklimat 



Antara aktiviti yang diadakan.



Tazkirah

Salah satu aktiviti yang diadakan

Dikesempatan ini jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang serta ruang untuk anak-anak ini mempelajari satu ilmu yang baharu.Kepada anak-anak,gunakan segala ilmu yang telah dicurahkan demi kebaikan dunia dan akhirat.

Rabu, 1 Jun 2022

Perlepasan Cukai Pendapatan



 Syukur Alhamdulillah.

Permohonan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah untuk menyambung kelulusan perlepasan cukai untuk para dermawan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diluluskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk 5 tahun lagi.

Terima kasih semua di atas sokongan serta sumbangan.

Segala sumbangan anda amat bermakna dan akan dimanfaatkan.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...