Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 11 Mei 2017

Tajaan Ramadhan 2017


Assalammualaikum wbkt / salam sejahtera.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun..

Sumbangan tunai /cek/pindahan wang amat kami harapkan sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Segala sumbangan akan digunakan untuk penyediaan juadah bersahur,berbuka puasa dan moreh.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, akaun maybank 5646 8710 8450.

Sebarang pertanyaan/info lanjut boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian seperti tertera :
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com
Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.

#ramadhan2017
#tajaanramadhan
#rumahamalraudhatuljannah

Ahad, 7 Mei 2017

SUMBANGAN/WAKAF DIHARAPKAN

Assalammualaikum, pada masa kini,kami sedang mengumpulkan dana untuk menaiktaraf pendawaian elektrik di Rumah Amal Raudhatul Jannah dari Single Phase ke Three Phase.Ini kerana sistem pendawaian sedia ada sudah lama dan demi keselamatan penghuni serta warga kerja di sini,ianya perlu diganti.
Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond dan sebagainya. Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar.
Kerja-kerja,sedang dilakukan pada ketika ini dan kami mengharapkan tajaan daripada Tuan/Puan para dermawan sekelian. 

1 Tajaan berjumlah RM 20.00 dan kos sebenar dianggarkan RM 5,000.00.
Segala sumbangan/tajaan,hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, no akaun Maybank 5646 8710 8450.
SEBARANG PERTANYAAN/TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI :
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com

Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.
Segala sumbangan tunai yang diperolehi layak diberi potongan cukai oleh :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
 ( rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.8121).

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...