Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 18 Julai 2022

Jom Dhuha

 

Penghuni RARJ bersama Pegawai JAKIM dan barisan penceramah


لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ المَلَائِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عليهمِ السَّكِينَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَن عِنْدَهُ

Maksud: “Tidaklah suatu kaum duduk berzikir (mengingat) Allah melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat, ditutunkan sakinah (ketenangan) dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisiNya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2700)

Alhamdulillah.

Program Jom Dhuha dan Pengukuhan Jati Diri anjuran Bahagian Dakwah JAKIM telah pun melabuhkan tirainya.

Terima kasih kami warga RARJ ucapkan kepada pihak JAKIM yang telah memberikan kami peluang dan ruang bersama menganjurkan aktiviti pada hari ini walaupun terdapat sedikit ujian di awal dan dipertengahan majlis namun program ini berjaya dilaksanakan.Terima kasih para ustaz dan ustazah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami.

Ujian untuk kami



Selesai menuntut ilmu

Cenderahati disampaikan kepada Encik Hairul

Perkongsian ilmu

Mendalami dan menghayati



Moga Allah terima segala amalan kita semua.

Khamis, 14 Julai 2022

Ibadah Korban 1443H/2022

 



Program Ibadah Qurban merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Setelah beberapa tahun sambutan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19,pada tahun ini Alhamdulillah pada tahun ini ianya telah dibenarkan untuk diadakan dan pada 11 Julai 2022 majlis ini telah diadakan.



Selain memberi peluang kepada penghuni menyambut perayaan ini,pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga membuka ruang dan peluang kepada para dermawan,masyarakat setempat,pimpinan masyarakat untuk bersama-sama menghayati maksud “pengorbanan” disamping menyantuni anak-anak jagaan di sini.



Pada tahun ini sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan dan melibatkan seramai 14 orang peserta. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM800.00 untuk 1 bahagian. Lembu-lembu ini telah disembelih dikandang lembu milik Encik Zairi di Kampung Olak Lempit.

Pada majlis ini juga,selain penglibatan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah,kerja-kerja melapah serta pembungkusan turut dibantu oleh peserta ibadah Qurban,masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.


Lembu No

Berat (kg)

Bilangan Bungkusan

01

66kg

33 bungkus

02

68kg

34 bungkus




Sabtu, 9 Julai 2022

Dengarkanlah....



"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu

Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku"


Inilah bait-bait lirik lagu Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian Demeises.Kami akan pikul segala amanah ini demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak yang menetap di Rumah Amal Raudhatul Jannah.Insha Allah,selagi ada hayat dikandung badan serta selagi para dermawan membantu kami,segala kebajikan akan dijaga.
Pada 6 Julai 2022,Rabu bertempat di Yaniez Steamboat,Kanchong Darat,Banting,satu majlis sambutan Hari Ulangtahun kelahiran bagi anak-anak yang dilahirkan pada bulan Jun,Julai dan Ogos diadakan secara sederhana.

Seramai 60 orang menghadiri majlis ini dimana ianya terdiri daripada penghuni,kakitangan,jemputan khas guru-guru daripada Sekolah Agama Kafa Integrasi As-Syariff,Telok Datok serta waris anak-anak.


Walaupun secara ringkas,namun majlis ini memberi 1001 makna buat kami khususnya anak-anak yang diraikan.Kegembiraan mereka amat bermakna buat kami apatah lagi para dermawan sekelian.


Terima kasih kepada penaja yang telah menaja program ini.Allah sahaja yang dapat memberikan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.

Isnin, 4 Julai 2022

KAWALAN & PENCEGAHAN



 Alhamdulillah,pada tanggal 4 Julai 2022 perjanjian di antara Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan pihak EVY Pest Solution telah ditandatangani.

Demi keselamatan,kesihatan dan keselesaan penghuni perhidmatan ini perlu diadakan bagi mencegah sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apatah lagi dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang.

Terima kasih EVY Pest Solution sudi bekerjasama dengan pihak kami. Antara perkhimatan yang akan dilakukan :

  1. Semburan Baki atau Resudual Spray
  2. Memasang umpan di kawasan yang tersembunyi
  3. Memasang gel di rak-rak dan kawasan simpanan makanan
  4. Pemasangan racun basmi cicak 
  5. Semburan kabus dan
  6. Menabur belerang di kawasan tertentu

Sabtu, 2 Julai 2022

Mat Kilau

 


Alhamdulillah.

Hari ni seramai 16 orang anak-anak bersama 6 pengiring bersama-sama dengan penghuni rumah-rumah anak yatim yang berdaftar dengan Yayasan Islam Darul Ehsan telah di bawa menonton tayangan filem #matkilau di #TGVCinemas #ioicitymall .


Jutaan penghargaan diucapkan kepada penaja utama Tetuan Aiman Platinum Sdn Bhd serta pihak YIDE di atas tajaan ini.


Moga Allah sentiasa memberikan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.


Pautan:
https://vt.tiktok.com/ZSdEnVU6f/?k=1

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid06WxZtPx6MnsJibiPazKa65UNdT2MGNZJNCZMTJnWQRbSguBJmXDqCTRjesZzuo81l&id=100002413601788

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...