Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 26 Januari 2017

Wakaf Jubin ( Tile )

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang mengumpulkan dana berjumlah RM 9000.00 untuk menggantikan permaidani surau kepada jubin.Keluasan surau 720 kaki persegi.

Untuk makluman,permaidani tersebut sudah agak lama dan belum pernah diganti.
Sehubungan dengan itu,kami membuka tawaran wakaf 1 lot = RM 15.00.

Salurkan segala sumbangan Tuan/Puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, Maybank akaun no 5646 8710 8450.

Sila whatsappkan slip transaksi Tuan/Puan ke nombor 010-2318581/017-3128581 ( Hj. Zawal ) bagi memudahkan kami mengasingkan dana.

Semoga ALLAH memberkati serta meluaskan lagi rezeki Tuan/Puan.

Wassalam

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...