Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 31 Julai 2016

Tawaran istimewa

Setiap insan dilahirkan berbeza-beza. Ada yang cukup segalanya dan ada yang masih memerlukan kita untuk mencukupkannya. Begitu juga dengan anak -anak kami, mereka memerlukan perhatian dan sumbangan tuan/puan bagi meneruskan kehidupan dimasa akan datang. 33 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin ini juga ingin berjaya sebagaimana anak-anak yang lain. Tanpa sokongan dan sumbangan sudah tentu mereka tidak akan dapat capai impian dan cita-cita. Bantulah kami untuk merealisasikan impian mereka. Hulurkanlah sumbangan tuan/puan. Walaupun kecil dimata tuan/puan,namun besar maknanya bagi anak-anak ini. Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaunPERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , MAYBANK 5646 8710 8450

Khamis, 7 Julai 2016

VAN diperlukan


Assalammmualaikum/Salam sejahtera.
Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor,kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi membeli sebuah van Toyota Hiace bagi menggantikan van yang sedia ada untuk kegunaan 32 orang penghuni di sini. Untuk makluman, pihak kami terpaksa menggantikannya kerana keadaan van tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang baik. Sudah pasti sedikit sebanyak ianya mengganggu segala urusan yang melibatkan anak-anak di sini.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada para dermawan yang budiman ataupun syarikat-syarikat untuk menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut.
Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaun Maybank PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , no akaun 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah di talian 010-231 8581 / 017-312 8581.
MOGA ALLAH swt MEMBERIKAN GANJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA PARA DERMAWAN SEKELIAN.
**sila whatsapp / telegram slip transaksi anda ke nombor tertera di atas **

Kini Syawal menjelang tiba


Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.
Dikesempatan ini,kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama kepada para dermawan sekelian. Kami doakan agar segala amalan tuan/puan diterima seterusnya diberkati Allah swt. Hanya Allah sahaja yang dapat mengurniakan sebaik ganjaran kepada tuan/puan sekelian.
Syukur alhamdulillah.

Sabtu, 2 Julai 2016

Menjelang Aidilfitri

Tinggal beberapa hari sahaja lagi,seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Sudah pasti dikalangan kita sedang sibuk membuat persiapan agar Aidilfitri kali ini lebih meriah. Namun disebalik kegembiraan ada yang berduka. Tatkala kita sedang sibuk memilih pakaian baru untuk anak-anak kita, ada anak-anak yang hanya mampu memerhatikan sahaja. Tanggal 1 Julai 2016, kesedihan anak-anak Raudhatul Jannah terubat pabila pelbagai pihak hadir menghulurkan sumbangan,baik dari segi kewangan mahupun material. Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima kunjungan daripada Cikgu Hamid dan keluarga. Terima kasih Cikgu Hamid dan Tuan Haji Fathulmubin serta keluarga di atas kunjungan serta sumbangan yang telah dihulurkan bagi menceriakan Aidilfitri anak-anak ini.Doa kami,agar Cikgu Hamid,Haji Fathulmubin sekeluarga diluaskan rezeki dan segala amalan diterima Allah swt.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...