Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 5 September 2019

BAIK PULIH DEWAN TERBUKA

Jom beramal dan menyumbang hari untuk kos baik pulih Dewan Terbuka Rumah Amal Raudhatul Jannah.
InshaAllah kami buka 1 lot sumbangan RM50.00.
Kos keseluruhan adalah sebanyak RM 53,800.00 meliputi kerja-kerja seperti berikut :
⚠️Mengecat semula tiang-tiang dan rangka besi di dalam Dewan .
⚠️Mengecat semula dinding dewan.
⚠️Pemasangan tirai sekeliling dewan dan pondok wakaf.
⚠️Pemasangan longkang disekeliling dewan.
⚠️Pemasangan meja tile.
⚠️Pemasangan soft board.
⚠️Pemasangan awning.
Jom menyumbang serendah RM50.00 ATAU seikhlas hati ke dalam akaun:
➡️ Penama : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
➡️ MAYBANK: 5646 8710 8450
Dewan terbuka ini digunakan untuk :
Penghuni melakukan aktiviti riadah.
Mengadakan majlis-majlis bersama penghuni.
❗️ Ini niatnya :
"Sahaja aku bersedekah dengan jumlah sumbangan yang tersebut kerana Allah Ta'ala"
Pertanyaan dan info lanjut,boleh hubungi saya di talian tertera:
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).
❗️SEMUA SUMBANGAN BERJUMLAH RM100.00 KE ATAS AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121❗️

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...