Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 13 November 2021

Insha ALLAH....

Insha ALLAH, program awal tahun 2022 Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor bersama dengan Saudara Syamsul Debat..
 

Isnin, 8 November 2021

Pendaftaran Pusat Jagaan

 

Encik Isa sedang diberi taklimat oleh Pengurus RARJ.

Bagi memastikan Pusat Jagaan beroperasi secara sah disisi undang-undang,setiap Pusat Jagaan dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia termaktub di dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai Pusat jagaan.

Penyediaan dokumen yang lengkap perlu disediakan sebaiknya selaian mendapat sokongan penuh daripada 3 agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan Daerah.

Alhamdulillah,Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah mendapat sokongan daripada 3 agensi berkenaan bagi proses pembaharuan perakuan pusat jagaan .

Senarai semak dokumen yang perlu disediakan

Dan pada 8 November 2021.dokumen-dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan diterima oleh Encik Mohd Isa Abdullah,Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.



Jom Masak

 


Ilmu baru untuk anak-anak puteri.Minggu lepas request nak mixer.Nak buat kuih senang kata mereka.
Hari ni kami tunaikan hasrat anak-anak puteri.Belikan mixer.Dapat juga lakukan aktiviti yang bermanfaat dan dapat juga mereka pelajari sesuatu sebagai bekalan dimasa akan datang.Insha Allah.
Tahniah staff dan anak-anak Aspuri.

Kerja akhir sebelum dihidangkan


Siap sedia untuk dinikmati

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...