Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 21 Mei 2018

Leaders Of Tomorrow by UiTM Shah Alam



20 Mei 2018 / 5 Ramadhan 1439H memberikan satu kenangan manis buat kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila penuntut dari UiTM Shah Alam mengadakan program setengah hari.Walaupun beberapa kali program ini ditunda,namun ianya tidak mematahkan semangat para penuntut UiTM untuk menabur bakti lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan ini.

Anak-anak Raudhatul Jannah didedahkan dengan pelbagai aspek yang menjurus kepada sifat kepimpinan.

Ternyata program ini memberi kesan yang mendalam buat anak-anak pabila didedahkan mengenai aspek tanggungjawab dan kebersihan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Kami doakan agar ganjaran pahala dikurniakan kepada anda semua.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualikum..Saya selaku pengarah program "Leaders Of Tomorrow" mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah (Haji Zawalajam Bi Haji Mashod) atas kesempatan yang diberikan untuk kami pelajar UiTM Shah Alam anjuran Pemikiran Pemimpin Negara II menjalankan aktiviti di sana.

    1.Kemudahan amat baik yang disediakan di Rumah Amal Raudhatul Jannah
    2.Kerjasama yang baik daripada pelajar dengan pihak kami.
    3. Anak2 yang memberi respond yang baik sepanjang program berlangsung
    4. Tempat yang bersih dan kondusif
    5. Keselamatan dalam melaksanakan aktiviti di tahap yang cemerlang

    Terima Kasih.

    BalasPadam

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...