Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 27 November 2015

Rayuan bantuan persekolahan ..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor amat memerlukan dana bagi membiayai kos kelengkapan persekolahan  31 orang anak-anak bagi sesi 2016.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah , no akaun 5 6 4 6 8 7 1 0 8 4 5 0.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi no 010 231 85 81.

Semoga dengan sumbangan yang anda berikan,ianya mampu membuatkan anak-anak ini tersenyum....


"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Sebaik-baik sedekah adalah ketika kaya, sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya."(al-Bukhari)


Rabu, 27 Mei 2015

Bila para Doktor berkampung di sini....


Program Jom Sihat & Bijak telah pun selesai diadakan pada Ahad 24 Mei 2015 yang lalu. Program anjuran Biro Kebajikan dan Kesihatan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah ini telah mendapat kerjasama dari pihak Pusat Kesihatan Daerah Kuala Langat serta alumni  MD ( UKM ) 83.

Program dimulakan dengan senamrobik bersama dengan kakitangan dan penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah. Memang seronok melihat karenah anak-anak bersenamrobik ni. Alhamdulillah.

Program diteruskan dengan sesi penerangan mengenai masalah kesihatan dan pemakanan.
Mewakili pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah,kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini juga ilmu yang telah disampaikan kepada warga Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Ahad, 17 Mei 2015

SM Sains Banting gegar Raudhatul Jannah


Alhamdulillah,pada hari ini,warga RARJ telah dikunjungi oleh guru dan pelajar dari SMK Sains Banting. Lawatan diketuai oleh Cikgu Maziani binti Mamat bersama 40 pelajar disambut mesra oleh warga RARJ. 




Pihak RARJ juga telah menerima sumbangan daripada pihak Koperasi SM Sains Berhad dan telah disampaikan kepada Pengurus RARJ.
Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan,namun program yang telah dirancang tetap diteruskan.
Alhamdulillah.

Sabtu, 16 Mei 2015

Senyuman yang indah


Alhamdulillah,anak-anak RARJ berpeluang beramah mesra dengan warga Gugusan Mikrobiologi PPUKM pada 16 Mei 2015 (Sabtu). Program yang diberi nama " Projek Harapan Sebuah Senyuman" ini benar-benar memberikan kegembiraan kepada anak-anak RARJ.Majlis dirasmikan oleh Encik Danori bin Sardi.



Tahniah diucapkan kepada Encik Raja Mohamad Hafiz bin Raja Zahari dan para sukarelawan di atas usaha murni ini,semoga hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.



Jasa UniKL MIAT


Alhamdulillah.
Mewakili pihak pengurusan serta pentadbiran RARJ kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh tenaga pengajar dan penuntut-penuntut dari UniKL MIAT yang selama beberapa bulan dan tahun ini banyak membantu dalam urusan pembelajaran anak-anak.
Tiada apa yang dapat kami balas melainkan hanya doa saya dan warga RARJ agar kalian semua khususnya warga UniKL MIAT berjaya dan terus berjaya dimasa akan datang. Insha Allah.


15 Mei 2015 ( Jumaat ) merupakan satu pengalaman yang cukup indah buat kami warga RARJ. Pihak UniKL MIAT hadir ke asrama kami menjamu anak-anak dengan juadah yang dimasak khas oleh warga UniKL MIAT. Ternyata anak-anak begitu mesra dan gembira dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka ini.


Setiap pertemuan itu,sudah pastinya akan berakhir denga perpisahan. Namun diharapkan agar perpisahan ini bukan perpisahan yang abadi. Kami warga RARJ senantiasa menanti kunjungan anda semua dan sudah pasti anak-anak RARJ akan merindui saat-saat indah selama ini.


Terima kasih semua...

Khamis, 14 Mei 2015

Salam perkenalan

Sumbangan Tuan/Puan amat diharapkan

Bismillahhirrahmanirrohim.
Alhamdulillah,pada 3 April 2015 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Rumah Amal Raudhatul Jannah ( dahulu dikenali dengan nama Rumah Amal Asnaf Al-Barakh ).

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ( PPM-006-10-26032015 ) pada 26 Mac 2015.

Bertanggungjawab sepenuhnya mengurus seramai 36 orang anak-anak , 21 orang penghuni lelaki dan 15 orang penghuni perempuan.


Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...