Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 28 September 2023

Tebuk Ngaji


 Alhamdulillah.

Tahniah anak-anak.
Tebuk Ngaji oleh Qawiyaro

Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023

 

Kakitangan dan anak-anak putera RARJ yang sertai Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023

28 September 2023 | Khamis

RARJ telah menghantar seramai 10 orang anak-anak putera dan diiringi 3 kakitangan pengiring telah bersama -sama 24 buah rumah kebajikan / anak yatim Selangor ke Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023 di Serendah,Rawang,Selangor.
Program julung kali anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada kakitangan serta anak-anak kerana telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan perarakan ini.
Kalian TEWAS di mata kasar, tapi MENANG di hati kami.

Anakanda Haikal memberi penerangan berhubung sepanduk yang RARJ gunakan.



Selepas acara selesai,anak-anak diberikan "reward" ,Bawa mereka ke kawasan air terjun berdekatan.Suka betul anak-anak dapat berendam.



Rabu, 27 September 2023

Maulidul Rasul 1445H/2023

 

27 September 2023/Rabu
Persiapan perarakan Maulidul Rasul dilakukan pada petang ini sebelum anak-anak putera kami berangkat ke Serendah malam ini.
Alhamdullillah.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hanip dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat di atas tajaan sepanduk sambutan Maulidul Rasul.

Terima kasih semua atas sokongan.


Selasa, 26 September 2023

Hadiah Kami

 



23-25 September 2023 ( Sabtu-Ahad)
Alhamdulillah.
Selesia mengadakan majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa khusus untuk ALLAHYARHAMAH ASNAH BINTI PILOS yang telah kembali kerahmatullah pada 22 September 2023 yang lalu. Moga ALLAH sampaikan sebaik ganjaran pahala buat ALLAHYARHAMAH.



Kami daripada Rumah Amal Raudhatul Jannah,merakamkan ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga.



AL-FATIHAH.

Ahad, 24 September 2023

Nasi Kandaq Fest 2023

 


24 September 2023 | Ahad | 11.00 pagi | Sunway Putra Mall,Kuala Lumpur.

Warga RARJ telah diundang oleh pihak Jasmine ke Nasi Kandaq Fest 2023 pada hari ini. Seramai 26 orang penghuni serta kakitangan telah memenuhi undangan tersebut. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Nasi Kandaq Fest 2023 yang telah santuni kami. 
Alhamdulillah. Anak-anak dapat rasai sendiri keenakan Nasi Kandar Original daripada Pulau Pinang ini.

Warga RARJ merakamkan kenangan bersama krew Jasmine

Anak-anak puteri menikmati Nasi Kandaq

Bismillah..Surrrr..Berselera Iqbal

Penyampaian 10 kampit beras kepada RARJ yang telah disampaikan oleh Encik Farhan


Sabtu, 23 September 2023

Rezeki Kami

 


23 September 2023 | Sabtu.

Jadual anak-anak pada hari ini agak padat. Memenuhi undangan di 3 lokasi. Sebelah pagi berada di Bandar Sg.Emas undangan Puan Hajah Nursia Ladurra. Majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Guru Agama (1),Ustaz Hafizuddin Norzaman.


Jam 12.30 tengahari, tiba di Bandar Sri Ehsan,untuk jemputan yang kedua. Selamat pengantin baharu kami ucapkan kepada Puan Ameera dan suami. Terima kasih di atas undangan. Kami doakan agar Puan kekal bahagia hingga ke jannah.




Jam 3.00 petang,kami tiba di lokasi ketiga iaitu di Morib bagi menghadiri majlis doa selamat undangan Puan Ina dan Puan Ayu.



Alhamdulillah, Dapat kami penuhi semua undangan pada hari ini. Terima kasih semua dermawan.Moga ALLAH kurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.

Jumaat, 22 September 2023

Demi


 

Demi anak-anak.Usahakan yang terbaik untuk mereka.Lengkapkan kemudahan yang baik dan sempurna.Siapkan bekalan akhirat juga.
#terimakasih para dermawan sekelian.Dana yang diterima dimanfaatkan sebaik mungkin.Moga sebaik ganjaran pahala diberikan kepada para dermawan sekelian.Terima kasih gembirakan anak-anak #rumahamalraudhatuljannaholaklempit #fypシ゚viral #demianakyatim #fyp #Amanah

Rabu, 20 September 2023

Buat apa tu..

 


Bila hujung minggu dan TIADA sebarang undangan luar atau program diadakan di premis kami,kebiasaan sebelah petang anak-anak akan lakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan yang lain.Ada yang main bola,main badminton,ada juga yang main kejar-kejar. Silap-silap kami juga akan turut serta dengan aktiviti mereka.Bila lagi nak rasa dunia kanak-kanak.

Minggu ni lain sikit,semenjak ada Mini Gym ni,berkumpul semua di luar pintu pagar menanti giliran.Peralatan sikit lagi jadi kenalah kongsi-kongsi guna dan pakai. 



Ada juga yang mengasah bakat dengan menyediakan Tanjak untuk diberikan sebagai cenderahati kepada pelawat dan ada juga yang dijual,dapat jugalah duit belanja tambahan anak-anak ini. 




Isnin, 18 September 2023

Tajaan Utiliti





 Assalammualaikum/Salam sejahtera.

Rayuan tajaan RM 20.00 bagi membiayai bil TNB ,Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting.
Jumlah bil bagi bulan 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 = 𝐑𝐌 𝟏𝟐𝟎𝟒.𝟗𝟓
Klik pautan ini untuk sumbangan melalui pautan EmaaraPay :
ATAU
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃
🏧 akaun 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 𝟱𝟲𝟰𝟲𝟴𝟳𝟭𝟬𝟴𝟰𝟱𝟬

Jumaat, 15 September 2023

Qawiyaro tebuk surah di RARJ

 


15 September 2023 | Jumaat

Alhamdulillah,hari ini sebahagian daripada anak-anak kami diterjah oleh seorang Tiktokers yang terkenal dengan "Tebuk Surah", iaitu Qawiyaro (https://www.tiktok.com/@qawiyaro?is_from_webapp=1&sender_device=pc). 

Terima kasih di atas kunjungan 





Khamis, 14 September 2023

RARJ Bermunajat


 

Program mingguan kami.

𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝘽𝙖𝙘𝙖𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙖𝙨𝙞𝙣,𝙏𝙖𝙝𝙡𝙞𝙡 𝙙𝙖𝙣 𝘿𝙤𝙖

yang akan dipimpin oleh :

Ustaz Hafizuddin Norzaman   

Moga Allah angkat segala hajat dan kurniakan sebaik ganjaran pahala kepada Allahyarham/Allahyarhamah.

Juga boleh di ikuti secara langsung melalui aplikasi #𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 #𝐘𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞 #𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 #𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤𝐋𝐢𝐯𝐞 Rumah Amal Raudhatul Jannah

Rabu, 13 September 2023

Sihat semuanya

 


Demi memastikan kesihatan yang baik untuk penghuni serta warga kerja RARJ,pihak pengurusan menyediakan Mini Gym . Peralatan secondhand dibeli dari individu yang menjualkannya kepada kami dan ada juga yang menginfaqkannya.


Encik Farhan sedang memanaskan badan . 

Menunggu giliran,almaklumlah peralatan terhad.

Ahad, 10 September 2023

Amanah Ikhtiar Malaysia


Kepimpinan AIM bersama Tok Ketua Kampung Olak Lempit

10 September 2023,Ahad.

Bismillah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan,warga kerja serta sahabat-sahabat AIM Sepang (Blok Bukit Changgang) yang telah mengadakan program Tahlil Perdana serta berkongsi rezeki dengan kami warga RARJ pada pagi ini.
Semoga ukhwah serta kerjasama yang dijalinkan berpanjangan.Insha Allah.
Alhamdulillah.
Warga RARJ merakamkan kenangan bersama pihak pengurusan serta sahabat-sahabat AIM.

Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami



Bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa


Ahad, 3 September 2023

Rayuan AMAT diharapkan


 𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚/𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑆𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎.

🤲Kami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian demi untuk 20 orang anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah ini.
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...