Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 9 April 2024

Menjunjung Kasih


 Bismillah.

Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang telah mencemar duli menyantuni serta beriftar bersama kami serta anak-anak yatim dan anak asnaf dari 2 buah rumah kebajikan dan 1 dari Sekolah Kafai As-syariff .

Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak #sunway di atas kepercayaan kepada kami untuk menjadi tuan rumah.

Terima kasih warga kerja dan anak-anak RARJ serta jiran tetangga.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kuala Langat,JKR Kuala Langat serta pihak PDRM Ipd Kuala Langat .

Alhamdulillah.

Sabtu, 24 Februari 2024

Road To Ramadhan bersama Ustaz Don

Alhamdulillah.
Usai Majlis Ceramah Perdana #roadtoramadhan yang telah disampaikan oleh #ustazdondaniyal .
Terima kasih semua.
Moga kita semua diberkati Allah.
Terima kasih para dermawan sekelian.
Ampun dan maaf dipohon atas segala kelemahan dan kekurangan kami.

 

Jumaat, 19 Januari 2024

Road 2 Ramadhan


 Bismillah.

Insha Allah , Ceramah Perdana "Road 2 Ramadhan" yang akan disampaikan oleh Ustaz Don 23 Febuari 2024 ( Jumaat ) akan datang.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...