Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 31 Mei 2016

Hulurkan sumbangan..ganjaran akhirat menanti anda


Menjelang bulan Ramadhan ini,kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berharap kepada para dermawan sekelian untuk menghulurkan sedikit sumbangan tunai bagi membiayai kos pembelian tilam,cadar,katil dan bantal untuk kegunaan 32 orang penghuni di sini.

Firman ALLAH: (SURAH AL BAQARAH:261)

"UMPAMA ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SEPERTI SEBUAH BIJI YANG TUNBUH MENjADI TUJUH TANGKAI, PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU BERBUAH SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN BAGI SIAPA YNAG DIKEHENDAKINYA. ALLAH MEMPUNYAI KURNIA LUAS, LAGI MAHA MEGETAHUI".

SEPASANG BAJU RAYA BUAT SAYA....ALHAMDULILLAH

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada ANAK YATIM amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di Syurga bagi orang yang menjaga ANAK YATIM.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Penjaga ANAK YATIM daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam Syurga”. Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu” (HR.Muslim).

Menghulurkan SEDEKAH kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu. 

Isnin, 30 Mei 2016

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke Raudhatul Jannah


28 Mei 2016 ( Sabtu ) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah berkunjung serta beramah mesra dengan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah. Program setengah hari turut disertai oleh Doktor , Pegawai perubatan serta para jururawat dari Klinik Kesihatan Bukit Changgang dan dari Klinik Pergigian Daerah Kuala Langat.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk beramah mesra dengan para penghuni dan kakitangan Raudhatul Jannah disamping pemeriksaan kesihatan. Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga turut menyampaikan sumbangan barangan runcit untuk kegunaan  dan kperluan para penghuni lebih-lebih lagi menjelangnya bulan Ramadhan ini.

Mewakili penghuni dan kakitangan Raudhatul Jannah, jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang terlibat pada program hari ini. Kami TIDAK dapat membalasnya dengan wang ringgit,hanya doa yang dapat kami utuskan buat para dermawan sekelian.

Kami juga berharap agar program ini BUKANLAH program yang pertama dan yang terakhir. Pintu Rumah Amal Raudhatul Jannah senantiasa terbuka kepada tuan/puan dermawan sekelian..
Terima kasih daun keladi...Insha Allah kita jumpa lagi....

"Tak ada yang lebih indah daripada orang kaya yang dermawan, dan tak ada yang lebih indah dari orang miskin yang dermawan"

Isnin, 23 Mei 2016

AMAL X-SM Bukit Changgang

Syukur Alhamdulillah..

Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Changgang di atas segala sumbangan dan tajaan yang diberikan kepada anak-anak di sini sempena dengan program kunjungan serta ramah mesrayang telah diadakan pada 22 Mei 2016. Bagi anak-anak ini besar atau kecil sumbangan itu bukannya menjadi ukuran. Alhamdulilah, dengan adanya sumbangan tersebut,sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati anak-anak ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan dan Syawal ini nanti.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Kami mendoakan agar ALLAH swt mengurniakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah kepada para dermawan sekelian. 

Selasa, 3 Mei 2016

TAJAAN RAMADHAN 1437H / 2016

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun..

Sumbangan tunai amat kami harapkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon seperti tertera di bawah :

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...