Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 23 Disember 2023

Ikan Keli Dalam Tangki

 Alhamdulillah.


Hari yang penuh bersejarah kepada kami.

Usai sudah majlis perasmian Projek Ikan Keli Dalam Tangki RARJ dan majlis penyerahan dana kepada 8 buah rumah anak yatim/asnaf yang disempurnakan oleh Pegurus Besar,Ihsan Madani.



RARJ merupakan perintis projek bagi program Komuniti Insan ini dimana sebanyak 2000 ekor anak ikan keli telah dilepaskan ke dalam tangki semenjak dari 1 November lalu.



Terima kasih semua yang hadir ke majlis ini.



Terima kasih kepada semua warga kerja Ihsan Madani .
Terima kasih kepada semua krew RARJ terutama kepada Pengarah Projek RARJ , Encik Jefri ( Zani Putra Zaim Putra )


Terima kasih juga diucapkan kepada Kumpulan Soutus Safwah Official yang telah membuat persembahan.





Insha Allah,perkara yang baik dan demi kebajikan anak-anak ianya akan dikongsi bersama.
Doakan segala usaha kami. Alhamdulillah,anak-anak RARJ juga telah membuat persembahan istimewa khas untuk para tetamu yang hadir.

Dari penyumbang kepada penyumbang.

Rabu, 20 Disember 2023

Ikan Keli Dalam Tangki

 Selamat Datang ke RARJ diucapkan kepada 7 buah rumah kebajikan dan anak yatim.



Program Komuniti Ihsan yang Insha Allah akan diadakan pada 23hb Dis 2023 ini.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Ihsan Madani yang telah menjadikan RARJ sebagai Pionerr Project dan tuan rumah bagi membantu meringankan bebanan kos operasi disamping memberi pendedahan kepada anak-anak dan kakitangan dalam mengusahakan bidang penternakan.
Jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan .



Jalinan Mesra

 Bismillah.



Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Puspanita MOF dengan kerjasama Puspanita Kijang Bank Negara Malaysia di atas undangan ke program Jalinan Mesra.



Pada 20 Disember 2023 , jam 8 pagi iseramai 6 orang anak-anak RARJ bersama 44 orang anak-anak dari Rumah Kebajikan/Anak Yatim lain telah menyertai program ini.


RARJ telah diwakili oleh Encik Jefry dan Puan Mashiedayu selaku kakitangan pengiring.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.


Satu pengalaman yang baharu telah diterima oleh anak-anak.Pengisian cuti sekolah yang amat bermakna.


Terima kasih sekali lagi.

Isnin, 20 November 2023

JAD's Give Back Activity 2023


 

 19 Nov 2023 /AHAD


Alhamdulillah.


Terima kasih kami ucapkan kepada pihak #banknegaramalaysia (Jabatan Audit Dalam) kerana menyantuni anak-anak kami pada hari ini sempena dengan program JAD's Give Back Activity 2023.


Terima kasih menggembirakan hati anak-anak.


Kami doakan agar Allah swt sentiasa merahmati dan memberikan sebaik ganjaran kepada semua.


Terima kasih khusus kami ucapkan kepada Pengarah JAD, Puan Marina, Penolong Pengarah, Encik Nazim, Puan Nadia dan tidak ketinggalan wakil dari BNM Volunteers, Puan Suraya serta seluruh barisan sukarelawan dan kakitangan JAD yang turut serta pada hari ini 


Terima kasih juga barisan krew-krew RJ yang mengawal selia anak-anak pada hari ini.

Jumaat, 17 November 2023

Terlatih

 


Alhamdulillah,demi menambahkan ilmu pengetahuan dan kecekapan kakitangan RARJ,seramai 4 orang warga kerja telah dihantar mengikuti kursus anjuran Majlis Kebajikan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.



Kursus di atas talian ini telah diadakan  pada 7 November 2023 yang lalu.
Tahniah semua.





Sabtu, 11 November 2023

Sulami Kasih

Bersama Tok Abah

 11 November 2023 (Sabtu ), Alhamdulillah,pada hari ini anak-anak kami telah diundang oleh pihak TV Alhijrah untuk bersama di dalam slot Sulami Kasih di dalam program Assalamualaikum An-Nisa yang turut dihadiri Duta PEYATIM Malaysia, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Tok Abah menyampaikan nasihat kepada anak-anak sebelum program bermula

Merakamkan kenangan dihadapan pintu masuk Studio TV Al-Hijrah


Rabu, 8 November 2023

Nasi Arab Morocco

 


Pengalaman baharu buat kami .Tambah sumber dana dengan menjual Nasi Arab Morocco bermula 6 November 2023 yang lalu.

Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan perbelanjaan harian kami.Akan usahakan sebaik mungkin mencari dana demi kebajikan anak-anak syurga kami.

Alhamdulillah,sehingga 8 Nov 2023,sambutan yang diterima amat menggalakkan.Kami buat tak banyak,sekitar 50 bungkus sehari.Alhamdulillah.Terima kasih semua yang sokong beli dan beramal.Moga sebaik ganjaran pahala dikurniakan kepada Tuan/Puan.


Alhamdulillah.

Jualan 8 Nov 2023 (Rabu) DITUTUP hari ini.

Terima kasih semua.Terima kasih di atas sokongan.


Tempahan dibuka.

Boleh whatsapp :

Hj Zawalajam Mashod 0102318581

Encik Jefry Zani Putra Zaim Putra 01130898360

Puan Mashiedayu Toyimon 01111711899

Khamis, 2 November 2023

Ikan Keli Dalam Tangki


 2 Nov 2023 /Khamis.

Syukur Alhamdulillah.
Selesai memeterai perjanjian kerjasama di antara Rumah Amal Raudhatul Jannah bersama dengan pihak Ihsan Madani sebentar tadi.
Projek Ikan Keli dalam tangki ini adalah merupakan salah satu projek pendidikan khusus kepada anak-anak RARJ disampin membantu membantu menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan operasi kami.Alhamdulillah pihak Ihsan Madani telah bersetuju untuk membiayai segala kos permulaan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas pekuang dan ruang yang telah diberikan kepada kami.Insha Allah,kami akan laksanakan amanah ini sebaik mungkin.



Ahad, 22 Oktober 2023

Selasa, 17 Oktober 2023

Sulami Kasih


 Pada 14 Oktober 2023 (Sabtu ) Pengurus RARJ telah diundang oleh PEYATIM MALAYSIA untuk memberikan peluang dan ruang serta berkongsi pengalaman serta cabaran dan kisah menyayat hati RARJ  di dalam sebuah program bual bicara yang diterbitkan oleh TV Al-Hijrah. Program Sulami Kasih,Pimpinku Seikhlasnya bersama IKON PEYATIM MALAYSIA , YBhg Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah . 

Isnin, 16 Oktober 2023

Taylor's Universiti


15 Oktober 2023 / Ahad



 Program bersama penuntut-penuntut Taylor's University pada petang ini dengan melakukan kerja-kerja pembersihan Pantai Kelanang serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Terima kasih semua di atas pengalaman baharu kepada anak-anak kami.

Selasa, 3 Oktober 2023

Hanya dengan sebiji kek ,


 2 Okt 23,Sanah Helwah anakanda Hidayah.Moga jadi anak yang solehah.Hanya dengan sebiji kek kami berikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.Tahun ini tahun akhir Dayah kerana SPM.All the best..

Terima kasih kepada penaja kek ini.Moga sentiasa dirahmati Allah. #rumahamalraudhatuljannaholaklempit #saham #akhirat #fyp #fypã‚·゚viral #Amanah #alhamdulillah❤️

Ahad, 1 Oktober 2023

Open Days Rumah Anak Yatim Selangor 2023


 Alhamdulillah.

Pertama sekali jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Yayasan Islam Darul Ehsan  di atas program yang bermakna ini. Himpunan 25 buah rumah kebajikan dan anak Yatim berhimpun di bawah 1 organisasi gabungan bagi menyampaikan kepada para dermawan mengenai peranan kami kepada kebajikan anak-anak yatim dan asnaf.

Terima kasih juga di ucapkan kepada para pengunjung booth kami hinggakan kami di nobatkan sebagai pemenang tempat kedua pengunjung teramai.

Terima kasih juga kepada para dermawan.

Terima kasih juga kepada krew-krew dan anak-anak RJ yang menyediakan kelengkapan dan persiapan dari awal hingga akhir.

Khamis, 28 September 2023

Tebuk Ngaji


 Alhamdulillah.

Tahniah anak-anak.
Tebuk Ngaji oleh Qawiyaro

Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023

 

Kakitangan dan anak-anak putera RARJ yang sertai Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023

28 September 2023 | Khamis

RARJ telah menghantar seramai 10 orang anak-anak putera dan diiringi 3 kakitangan pengiring telah bersama -sama 24 buah rumah kebajikan / anak yatim Selangor ke Perarakan Maulidul Rasul 1445H/2023 di Serendah,Rawang,Selangor.
Program julung kali anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada kakitangan serta anak-anak kerana telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan perarakan ini.
Kalian TEWAS di mata kasar, tapi MENANG di hati kami.

Anakanda Haikal memberi penerangan berhubung sepanduk yang RARJ gunakan.



Selepas acara selesai,anak-anak diberikan "reward" ,Bawa mereka ke kawasan air terjun berdekatan.Suka betul anak-anak dapat berendam.



Rabu, 27 September 2023

Maulidul Rasul 1445H/2023

 

27 September 2023/Rabu
Persiapan perarakan Maulidul Rasul dilakukan pada petang ini sebelum anak-anak putera kami berangkat ke Serendah malam ini.
Alhamdullillah.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hanip dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat di atas tajaan sepanduk sambutan Maulidul Rasul.

Terima kasih semua atas sokongan.


Selasa, 26 September 2023

Hadiah Kami

 



23-25 September 2023 ( Sabtu-Ahad)
Alhamdulillah.
Selesia mengadakan majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa khusus untuk ALLAHYARHAMAH ASNAH BINTI PILOS yang telah kembali kerahmatullah pada 22 September 2023 yang lalu. Moga ALLAH sampaikan sebaik ganjaran pahala buat ALLAHYARHAMAH.



Kami daripada Rumah Amal Raudhatul Jannah,merakamkan ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga.



AL-FATIHAH.

Ahad, 24 September 2023

Nasi Kandaq Fest 2023

 


24 September 2023 | Ahad | 11.00 pagi | Sunway Putra Mall,Kuala Lumpur.

Warga RARJ telah diundang oleh pihak Jasmine ke Nasi Kandaq Fest 2023 pada hari ini. Seramai 26 orang penghuni serta kakitangan telah memenuhi undangan tersebut. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Nasi Kandaq Fest 2023 yang telah santuni kami. 
Alhamdulillah. Anak-anak dapat rasai sendiri keenakan Nasi Kandar Original daripada Pulau Pinang ini.

Warga RARJ merakamkan kenangan bersama krew Jasmine

Anak-anak puteri menikmati Nasi Kandaq

Bismillah..Surrrr..Berselera Iqbal

Penyampaian 10 kampit beras kepada RARJ yang telah disampaikan oleh Encik Farhan


Sabtu, 23 September 2023

Rezeki Kami

 


23 September 2023 | Sabtu.

Jadual anak-anak pada hari ini agak padat. Memenuhi undangan di 3 lokasi. Sebelah pagi berada di Bandar Sg.Emas undangan Puan Hajah Nursia Ladurra. Majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Guru Agama (1),Ustaz Hafizuddin Norzaman.


Jam 12.30 tengahari, tiba di Bandar Sri Ehsan,untuk jemputan yang kedua. Selamat pengantin baharu kami ucapkan kepada Puan Ameera dan suami. Terima kasih di atas undangan. Kami doakan agar Puan kekal bahagia hingga ke jannah.




Jam 3.00 petang,kami tiba di lokasi ketiga iaitu di Morib bagi menghadiri majlis doa selamat undangan Puan Ina dan Puan Ayu.



Alhamdulillah, Dapat kami penuhi semua undangan pada hari ini. Terima kasih semua dermawan.Moga ALLAH kurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.

Jumaat, 22 September 2023

Demi


 

Demi anak-anak.Usahakan yang terbaik untuk mereka.Lengkapkan kemudahan yang baik dan sempurna.Siapkan bekalan akhirat juga.
#terimakasih para dermawan sekelian.Dana yang diterima dimanfaatkan sebaik mungkin.Moga sebaik ganjaran pahala diberikan kepada para dermawan sekelian.Terima kasih gembirakan anak-anak #rumahamalraudhatuljannaholaklempit #fypã‚·゚viral #demianakyatim #fyp #Amanah

Rabu, 20 September 2023

Buat apa tu..

 


Bila hujung minggu dan TIADA sebarang undangan luar atau program diadakan di premis kami,kebiasaan sebelah petang anak-anak akan lakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan yang lain.Ada yang main bola,main badminton,ada juga yang main kejar-kejar. Silap-silap kami juga akan turut serta dengan aktiviti mereka.Bila lagi nak rasa dunia kanak-kanak.

Minggu ni lain sikit,semenjak ada Mini Gym ni,berkumpul semua di luar pintu pagar menanti giliran.Peralatan sikit lagi jadi kenalah kongsi-kongsi guna dan pakai. 



Ada juga yang mengasah bakat dengan menyediakan Tanjak untuk diberikan sebagai cenderahati kepada pelawat dan ada juga yang dijual,dapat jugalah duit belanja tambahan anak-anak ini. 




Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...