Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 25 September 2022

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)



Program usahasama ATM dengan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah lama dirancang namun ianya tidak dapat dilaksanakan berikutan pada masa itu penularan wabak Covid19 sedang melanda dunia.Alhamdulillah,setelah beberapa kali perbincangan diadakan,tarikh 23-25 September 2022 dipilih untuk program ini diadakan.

Program ini melibatkan 14 orang pegawai dan anggota dari 2 sayap utama Angkatan Tentera Malaysia dan di bawah kendalian TUDM-Elemen Pendidikan. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang 3 hari 2 malam ini demi untuk membentuk sahsiah diri dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak-anak dibawa ke Bukit Jugra


Program Lestari Alam. Anak-anak serta warga TUDM bersama mengutip sampah dikawasan persekitaran.


Mej Khairul Amir memberikan penerangan dan nasihat kepada anak-anak sewaktu program "Pimpin Daku" diadakan.

Tazkirah yang disampaikan oleh Mej Mohamed Huzaifah


Dikesempatan ini,kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada :
  1. Mej Mohamed Huzaifah
  2. Mej Khairul Amir
  3. Mej Mohd Khaironi
  4. Mej Khairul Soffry
  5. Mej Hamka
Wira-wira Negara


serta seluruh Pegawai dan anggota yang terlibat dan tidak ketinggalan juga penghargaan buat Mej.Khairul Anuar Haji Sabtu-TUDM
Tanda ingatan RARJ kepada warga ATM


KOSMO 4 NOV 2022

UTUSAN 4 NOV 2022





Moga ALLAH swt sentiasa mengurniakan sebaik ganjaran kepada Tuan/Puan semua dan kami berharap aktiviti ini dapat dilakukan dari tahun ke tahun.

Jumaat, 16 September 2022

Siput Sedut

 

Selamat menyambut Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Moga perpaduan yang dicipta berkekalan dan aman damai.


Sempena cuti umum pada hari ini,dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,anak-anak minta menu yang istimewa sedikit dari kebiasaannya. Teringin nak makan siput sedut. Seawal pagi anak-anak dah mula berganding bahu dengan warga kerja Rumah Amal Raudhatul Jannah bergotong-royong melakukan persiapan dan menyediakan bahan-bahan.



15kg siput telah ditempah dari pembekal bagi memenuhi permintaan anak-anak,Alhamdulillah.

Rabu, 14 September 2022

Air Force The Movie

 Setiap anak-anak sudah pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri.Ada yang ingin menjadi Doktor,ada yang ingin menjadi Polis dan sebagainya termasuklah anggota tentera .



Pada tanggal 11 September 2022,anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah dibawa ke Quaside Mall,Telok Panglima Garang,bagi menonton filem Air Force The Movie.



Disamping memberi anak-anak bergembira sambil menikmati pop-corn anak-anak secara tidak langsung dapat mendalami kehidupan dan tanggungjawab sebagai salah seorang anggota tentera. 



Selain daripada itu,anak-anak turut didedahkan dengan pelbagai sikap yang positif seperti setia kawan,tidak mudah mengalah,membuat perancangan,patuh kepada arahan serta banyak lagi.

Terima kasih kepada para dermawan sekelian,sumbangan tuan/puan kami gunakan sebaik mungkin untuk menggembirakan anak-anak ini disamping menuntut ilmu.



Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...