Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Ahad, 23 September 2018
SINAR HARAPAN SENTIASA BERSAMAMU-KPTM 2018
23 September 2018 (Ahad)
Seawal jam 8.00 pagi anak-anak Rumah Amal raudhatul Jannah telah menerima tetamu daripada Pensyarah serta 16 orang penuntut dari Kolej Polytech Mara Bangi.
Berkampung dari awal pagi hingga ke lewat petang menyantuni anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah serta mengadakan pelbagai aktiviti termasuk membersihkan kawasan luaran RARJ.
Di dalam ucapan penutup,Pengurus RARJ,Haji Zawalajam Mashod,mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan program yang telah diadakan dan berharap aktiviti ini tidak terhenti setakat ini sahaja dan berharap kesemua peserta program beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Mohd Azrul Afiq Azhri selaku wakil penghuni juga mengucapkan penghargaan kepada KPTM.Program lain dari yang lain dan beliau gembira ada pihak yang menggembirakan adik-adiknya di RARJ.
Tahniah dan syabas semua.
Semoga kita peroleh kejayaan DUNIA dan AKHIRAT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Munajat SPM 2026
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Munajat SPM 2026 Rumah Amal Raudhatul Jannah telah selesai dilaksanakan pada 5 Septembe...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Syukur alhamdulillah,tanggal 7 Ogos 2016, hasrat penghuni untuk memiliki sebuah dewan terbuka telah direalisasikan apabila ianya telah diras...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan