Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 15 Oktober 2018

Asrama Puteri Datin Hajah Saodah Haji Malek-14 Oktober 2018



Alhamdulillah.

Ungkapan pertama yang kami mampu dan wajib ungkapkan pabila mendapat perkhabaran bahawa Dato Dr.Hj.Zabir Bin Bajuri,telah mewakafkan sebuah lagi rumah bagi menempatkan anak-anak puteri kami.

Segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin bagi menghadapi majlis yang cukup bermakna ini.

Maka,tanggal 14 Oktober 2018,secara rasminya anak-anak puteri ditempatkan di sini,di asrama yang diberi nama Asrama Puteri Datin Hajah Saodah Haji Malek.

Terima kasih Dato dan seluruh ahli keluarga.Moga Allah luaskan lagi rezeki dan sampaikan ganjaran sebaiknya buat Allahuarhamah Datin.Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...