Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 24 Februari 2016

Mereka perlukan KITA

Rayuan Sumbangan Dan Tajaan 2016

Saham yang menguntungkan ANDA

Assalammualaikum...
Kepada para sahabat-sahabat sekelian.
Kami memerlukan 2 unit "water-cooler" untuk kegunaan para penghuni di sini. Kos dianggarkan RM1,500.00 seunit. 
Tajaan dan sumbangan para sahabat amat diharapkan.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya dinombor 010-231 8581 / 017-312 8581.
Sumbangan tunai/pindahan /cek di atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , Maybank 5 6 4 6 8 7 1 0 8 4 5 0.
Setelah selesai transaksi,saya pohon kerjasama agar dapat whatsapp slip bank ke nombor tersebut agar sumbangan anda ini digunakan untuk pembelian "water-cooler"ini sahaja.

Sabtu, 20 Februari 2016

Syabas ..Syabas


Bekalan air terputus,berikutan penutupan loji rawatan air Bukit Tampoi yang ditutup sejak kelmarin. Ujian daripada Nya kepada hamba-hamba Nya.
Pelbagai langkah diambil bagi memastikan penghuni senantiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Dikesempatan ini,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihah Syabas Wilayah Kuala Langat yang membantu edarkan bekalan air untuk kegunaan penghuni.
Untuk memasak dan minum pihak pengurusan telah sediakan hampir 100 botol air mineral.

Ahad, 14 Februari 2016

Berganding-bahu....demi 1 matlamat


Syukur Alhamdulillah, ikatan persaudaraan diantara kami Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan Group Amal Jannah semakin kukuh dan semakin erat. Usia Group ini boleh dikatakan hampir sama dengan usia Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Terdiri daripada kakitangan syarikat penerbangan Air Asia,mereka bergabung membentuk 1 pasukan khusus membantu anak-anak di sini. Dalam kesibukan tugas seharian mereka,hari ini mereka datang bersama keluaga dan menikmati juadah makan tengahari bersama dengan anak-anak.

Dalam kesibukan bermesra dengan anak-anak,kami terdengar deruman motor berkuasa tinggi. Sebanyak 13 biji motor berkuasa tinggi memasuki perkarangan Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Satu kejutan yang mereka buat demi untuk anak-anak di sini.

Mewakili anak-anak,jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh sahabat-sahabat Amal Jannah dan Bikers kerana singgah dan makan tengahari bersama kami..

Selasa, 9 Februari 2016

Bila guru bergabung...

Demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sebaiknya,pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah berusaha mendapatkan guru-guru yang profesional. Alhamdulillah,Haji Rahmat bin Haji Salihon pesara guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad yang kini merupakan salah seorang penulis bagi mata pelajaran seni telah bersetuju mencurahkan ilmunya demi masa hadapan anak-anak.
Pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga berasa amat bertuah kerana telah mendapat kerjasama dari seorang lagi guru yang akan membantu anak-anak meningkatkan semangat untuk belajar. Terima kasih Cikgu Hamid Mohamad Asanar.

Isnin, 8 Februari 2016

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...

Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat memerlukan sumbangan dari tuan/puan demi masa hadapan 33 orang penghuni di sini.
Pelbagai program telah diatur untuk anak-anak di sini seperti kelas tambahan,kelas agama serta kursus-kursus yang berkaitan dengan minat mereka.
Pelbagai kemudahan perlu kami sediakan seperti katil,tilam,bantal,selimut juga cadar.
Serta banyak lagi yang perlu kami sediakan demi keselesaan dan keselamatan anak-anak di sini.
Kami juga memerlukan dana untuk membeli sebuah van bagi kegunaan anak-anak dan kakitangan.
TANPA SOKONGAN...TANPA SUMBANGAN..TANPA TAJAAN dari tuan/puan,adalah mustahil bagi kami untuk laksanakannya.
BANTULAH KAMI.

Sabtu, 6 Februari 2016

Ringankan tangan...hulurkan sumbangan

"Ringankan tangan...hulurkan sumbangan"
Kami berharap kepada Tuan/Puan para dermawan sekelian agar dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan agar kami dapat membesarkan anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin dengan lebih sempurna.
Sumbangan tunai/pindahan wang/cek di atas nama:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL no akaun MAYBANK 5646 8710 8450
Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi :
010-2318581 / 017-3128581
Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...