Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 31 Ogos 2019

Titian Kasih (KUIS) 31 Ogos 2019





31 Ogos 2019,penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima tetamu daripada penuntut-penuntut KUIS.

Seramai 22 orang penuntut dan diiringi 2 orang Pensyarah telah mula berkumpul seawal jam 8.30pagi hingga 4.30 petang.

Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dijalankan bersama 24 orang penghuni Raudhatul Jannah.AkTahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh penuntut KUIS di atas usaha murni ini.Moga ilmu yang disampaikan kepada penghuni akan dimanfaatkan sebaik mungkin.


Rabu, 28 Ogos 2019

DANA BAIK PULIH BILIK BELAJAR DIPERLUKAN

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami sedang berusaha menaik taraf bilik belajar/perpustakaan/Pusat sumber Rumah Amal Raudhatul Jannah demi keselesaan dan kesempurnaan anak-anak mengulangkaji pelajaran disamping kelas pengajian Quran yang diadakan setiap hari.
Sehubungan dengan itu,kami memohon tajaan/sumbangan daripada tuan/puan bagi membiayai kos pemasangan permaidani dan wallpaper di dalam bilik ini.
Kos dianggarkan RM 4000.00
SEHINGGA 27 OGOS 2019 JAM 5.00 PETANG,DANA TERKUMPUL ADALAH SEBANYAK RM 2200.00
Kami membuka peluang dan ruang kepada para dermawan sekelian untuk menaja kerja-kerja ini .
Jom menyumbang serendah RM20,RM50 ATAU seikhlas hati para dermawan sekelian.
Segala sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Pertanyaan dan info lanjut,boleh hubungi saya di talian tertera:

Rabu, 14 Ogos 2019

Hari Raya Aidil Adha 1440H/2019




Program melibatkan 24
orang penghuni serta 15 orang kakitangan Rumah Amal raudhatul Jannah dan
dibantu oleh barisan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul
Jannah disamping masyarakat setempat. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan
melibatkan 5 peserta korban.

Program bermula jam 7.30
pagi dimana peserta-peserta ibadah korban telah diberi taklimat daripada
Pengerusi Pelaksana Ibadah Korban ( Haji Zawalajam Bin Haji Mashod ) seterusnya
proses akad telah diadakan diantara peserta dengan penyembelih.

Tepat jam 8.00 pagi lembu
pertama telah disembelih oleh Ustaz Isfarizal dan tepat jam 8.45 pagi kedua-dua
lembu telah selamat disembelih.

Sepanjang majlis
penyembelihan,penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah bersama-sama bertakbir dan
bertahmid.

Majlis turut dihadiri
oleh Ketua Kampung Olak Lempit, Encik Zainal bin Warsi.

Jumaat, 9 Ogos 2019

Bantuan anda amat kami harapkan....

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

🤲Kami merayu kepada para dermawan sekelian untuk menaja kos baik pulih tandas Asrama Putera kami.

✅Kos keseluruhan RM1900.00

💰 JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT 6 OGOS 2019 JAM 5.00 PETANG ADALAH SEBANNYAK RM 1150.00.

Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian:
☎️www.wasap.my/60102318581/tandas
☎️www.wasap.my/60173128581/tandas

atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

❗️SEMUA SUMBANGAN BERJUMLAH RM100.00 KE ATAS AKAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEK 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. NO RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179.6.8121❗️

Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.
Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...