Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 26 April 2017

Perlepasan Cukai






Alhamdulillah,Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola serta menguruskan kebajikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah,kini telah mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).Berkuatkuasa 1 Mei 2017 hingga 30 April 2022.
Dengan adanya kelulusan

Isnin, 10 April 2017

Sumbangan ANDA ...............



Assalammualaikum/salam sejahtera.
Alhamdulillah, dari 28 Febuari 2017 hingga 10 April 2017 dana terkumpul bagi membiayai kos penambahan ruang asrama di Rumah Amal Raudhatul Jannah adalah sebanyak RM 8925.00.
Sebanyak RM5025.00 lagi kami perlukan.
Untuk makluman,kerja-kerja telah 95% siap dan Insha Allah,akan siap sepenuhnya menjelang 15 April ini.
Ruang tambahan ini selain digunakan untuk dijadikan kelas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa.
Sehubungan dengan itu,kami amat berharap agar tuan/puan dapat meneruskan sumbangan.
Salurkan segala sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun Maybank :
564687108450
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan,boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian tertera
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
ATAU
Hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
( belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit )

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...