Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan para dermawan sekelian untuk mengurus tadbir anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah.Olak Lempit,Banting,Selangor ( belakang Ole Futsal).
Perbelanjaan bulanan mencecah RM 30,000.00 sebulan dimana ianya akan digunakan sepenuhnya untuk :
√ Pembayaran bil utiliti
√ Pengajian dan kelas tambahan
√ Membeli barang basah dan kering
√ Penyelenggaraan kenderaan
√ Gaji kakitangan
√ Keperluan penghuni
√ Alat tulis
√ Pakaian harian/uniform
√ Penyelenggaraan bangunan serta kemudahan
Sehingga kini,kami BELUM mendapat tajaan tetap daripada mana-mana pihak,sumber dana kami adalah melalui sumbangan daripada individu perseorangan.
Selain wang tunai,amat kami harapkan.
SALURKAN SUMBANGAN TUNAI/PINDAHAN WANG/CEK di atas nama :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun Maybank: 5646 8710 8450 ( sila whatsapp slip pindahan wang ke nombor 010-2318581/017-3128581)
ATAU
Tuan/Puan boleh hadir melihat sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah. Lokasi belakang Ole Futsal/ Shell Olak Lempit,Banting.
Maps/Waze : Rumah Amal Raudhatul Jannah
SEBARANG PERTANYAAN:
Hubungi Haji Zawalajam Haji Mashod di talian : 010-2318581/017-3128581
Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).Selasa, 20 Disember 2016
Sabtu, 17 Disember 2016
Jualan..Jualan
Sumbangan dan tajaan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan bagi mengisi tabung Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah dimana Pertubuhan ini bertanggungjawab sepenuhnya mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor ( belakang Ole Futsal).
Perbelanjaan bulanan mencecah RM 30,000.00 sebulan dimana ianya akan digunakan sepenuhnya untuk :
√ Pembayaran bil utiliti
√ Pengajian dan kelas tambahan
√ Membeli barang basah dan kering
√ Penyelenggaraan kenderaan
√ Gaji kakitangan
√ Keperluan penghuni
√ Alat tulis
√ Pakaian harian/uniform
√ Penyelenggaraan bangunan serta kemudahan
Sehingga kini,kami BELUM mendapat tajaan tetap daripada mana-mana pihak,sumber dana kami adalah melalui sumbangan daripada individu perseorangan.
Selain wang tunai,amat kami harapkan.
SALURKAN SUMBANGAN TUNAI/PINDAHAN WANG/CEK di atas nama :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun Maybank: 5646 8710 8450 ( sila whatsapp slip pindahan wang ke nombor 010-2318581/017-3128581)
ATAU
Tuan/Puan boleh hadir melihat sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah. Lokasi belakang Ole Futsal/ Shell Olak Lempit,Banting.
Maps/Waze : Rumah Amal Raudhatul Jannah
SEBARANG PERTANYAAN:
Hubungi Haji Zawalajam Haji Mashod di talian : 010-2318581/017-3128581
Rabu, 14 Disember 2016
Saham akhirat
Alhamdulillah,hari ini kami menerima tetamu daripada penuntut-penuntut UKM. Program amal setengah hari ini sesungguhnya memberi 1001 makna kepada anak-anak Rumah Amal raudhatul Jannah dalam mengenl erti kehidupan terutama erti bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penuntut UKM ini di atas segala khidmat bakti ini. Kami doakan agar kalian berjaya dalam segala bidang dan sering berada di bawah lindungan ALLAH swt.
" Kami berharap,agar perjumpaan ini bukanlah merupakan perjumpaan yang pertama kali,dan juga bukanlah perjumpaan yang terakhir,pintu pagar kami senantiasa terbuka "
Isnin, 12 Disember 2016
Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Sobri sekeluarga di atas undangan makan tengahari bersama keluarga beliau di Subang,sempena dengan Maulidul Rasul pada hari ini.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah serta segala amalan diberkati Allah.
Kepada allahyarham ayahanda Encik Sobri,kami sedekahkan bacaan Surah Al-Fatiha kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Insha Allah.
Ahad, 20 November 2016
API...API...API....kecil kawan,besar lawan
5 November 2016,Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah melalui Rumah Amal Raudhatul Jannah telah mendapatkan kerjasama daripada Nepwin Firefighting and Engineering untuk mengadakan satu sessi latihan tatacara menggunakan alat pemadam api.
Rabu, 19 Oktober 2016
Namun ku punya hati
Mereka juga seperti anak-anak lain yang inginkan kehidupan yang selesa,terurus dan teratur. Mereka juga ingin berjaya seperti anak-anak yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Rumah Amal Raudhatul Jannah,mengharapkan sumbangan daripada ANDA sekelian bagi membantu mereka ini BERJAYA didunia dan diakhirat. Setiap ringgit yang ANDA hulurkan,amat bermakna bagi kami.
Jumaat, 14 Oktober 2016
Saham yang abadi
Assalmmualaikum/Salam sejahtera.
Surau Rumah Amal Raudhatul Jannah sedang dalam proses menukar tingkap-tingkap jenis nako kepada jenis silidng. Ini kerana tingkap-tingkap sedia ada kebanyakannya tidak lagi boleh digunakan dan merbahaya terutama kepada anak-anak di sini.
Pada masa kini,kerja-kerja sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Kos menelan belanja sebanyak RM 7,000.00.
Sehubungan dengan itu,besar harapan kami agar Tuan/Puan dapat membantu kami dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi membiayai kos ini.
Segala sumbangan tunai/cek/pindahan wang, boleh disalurkan terus ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , no akaun Maybank 5646 8710 8450.
Semoga dengan sedikit sumbangan ANDA ini, rumah ALLAH ini terpelihara dan dapat digunakan dengan selesa oleh penghuni-penghuni di sini,Insha ALLAH.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan,boleh hubungi pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah ( Hj. Zawal ) di talian 010-2318581 ATAU 017-312 8581.

Selasa, 4 Oktober 2016
Saham kekal
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah orang-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah.
#bermuladaripadaanda
#hulurkansumbanganringankanbeban
#pertubuhankebajikanasnafraudhatuljannah
#maybank564687108450

Isnin, 26 September 2016
Anda pilih..kami terima..
Assalammualaikum Tuan/Puan para dermawan sekelian.
Semoga hari ini LEBIH baik dari semalam..
Tuan/Puan,
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,amat mengharap serta mengalu-alukan sumbangan daripada Tuan/Puan...
1) Sumbangan Tunai = KAMI TERIMA
2) Sumbangan berbentuk barangan dapur=KAMI TERIMA
3) Sumbangan barangan runcit basah dan kering=KAMI TERIMA
4) Pakaian terpakai ( dari usia 5 tahun ke atas )=KAMI TERIMA
5) Peralatan mandi= KAMI TERIMA
6) Pembayaran bil utiliti = KAMI TERIMA
7) Tajaan RM200.00 ( sarapan pagi hujung minggu )=KAMI TERIMA

segala bentuk sumbangan kami terima.Insha Allah akan dimanfaatkan sebaik mungkin demi anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,kakitangan serta pengurusan.
SUMBANGAN TUNAI/CEK/PINDAHAN WANG KE AKAUN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, MAYBANK 5646 8710 8450
ATAU
HUBUNGI 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawal) UNTUK SEBARANG MAKLUMAN DAN TEMUJANJI.
ANDA MEMBERI,MEREKA MANFAATKAN,INSHA ALLAH
Ahad, 28 Ogos 2016
Saham Akhirat
TERIMA KASIH PARA DERMAWAN
Assalammualaikum.
Maaf mengganggu.
Sumbangan/wakaf untuk pembelian van baru bagi menggantikan van yang lama sedang saya usahakan. Sekiranya Dato/Datin/Tuan/Puan para dermawan berhasrat untuk menghulurkan sumbangan/wakaf atau sebarang pertanyaan,bolehlah hubungi saya di talian 0102318581 ATAU 0173128581.
Untuk makluman,van ini digunakan untuk menghantar serta memgambil anak-anak ulang alik dari sekolah,kelas tambahan,surau/masjid juga untuk memenuhi undangan.
Semoga Allah melimpahkan ganjaran sebaik-baik ganjaran kepada para dermawan sekelian.
Wassalam.
-Hj.Zawalajam Mashod,Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting-

.
Ahad, 14 Ogos 2016
One Sweet Day
Satu pengalaman yang terindah bagi 33 orang penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila dikunjungi kira-kira 17 orang penuntut dari UniTAR. Mereka berkampung di Rumah Amal Raudhatul Jannah selama 3 hari 2 malam bermula dari 12-14 Ogos 2016 di dalam satu program yang diberi nama Kenangan Sejenak,Kekal Selamanya.
Pelbagai aktiviti dilakukan bersama dengan anak-anak di sini,demi memberi pendedahan kepada anak-anak betapa pentingnya sikap bekerjasama dan berdikari serta sikap amanah.
Jutaan teriima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Sabtu, 13 Ogos 2016
Dewan Restu D'Zabir
Syukur alhamdulillah,tanggal 7 Ogos 2016, hasrat penghuni untuk memiliki sebuah dewan terbuka telah direalisasikan apabila ianya telah dirasmikan oleh Ybhg Dato'Dr.Haji Zabir bin Bajuri.
Dewan terbuka ini akan digunakan untuk sebarang aktiviti selain dijadikan dewan makan utama penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Kira-kira 300 orang jemputan yang hadir pada majlis berkenaan.
Mewakili penghuni,jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para dermawan dan khususnya pihak kontraktor kerana dapat menyiapkan dewan ini tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Nama Restu D'Zabir dipilih sebagai tandda penghargaan kepada Dato'Zabir bin Bajuri di atas segala sumbanganyang telah dihulurkan kepada anak-anak disini.
Kamidoakan agar Dato' serta keluarga serta para dermawan sekelian senantiasa diluaskan rezeki dan segala amalan diberkati Allah.
Ahad, 31 Julai 2016
Tawaran istimewa
Setiap insan dilahirkan berbeza-beza. Ada yang cukup segalanya dan ada yang masih memerlukan kita untuk mencukupkannya. Begitu juga dengan anak -anak kami, mereka memerlukan perhatian dan sumbangan tuan/puan bagi meneruskan kehidupan dimasa akan datang. 33 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin ini juga ingin berjaya sebagaimana anak-anak yang lain. Tanpa sokongan dan sumbangan sudah tentu mereka tidak akan dapat capai impian dan cita-cita.
Bantulah kami untuk merealisasikan impian mereka. Hulurkanlah sumbangan tuan/puan. Walaupun kecil dimata tuan/puan,namun besar maknanya bagi anak-anak ini.
Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaunPERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , MAYBANK 5646 8710 8450
Khamis, 7 Julai 2016
VAN diperlukan
Assalammmualaikum/Salam sejahtera.
Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor,kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi membeli sebuah van Toyota Hiace bagi menggantikan van yang sedia ada untuk kegunaan 32 orang penghuni di sini. Untuk makluman, pihak kami terpaksa menggantikannya kerana keadaan van tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang baik. Sudah pasti sedikit sebanyak ianya mengganggu segala urusan yang melibatkan anak-anak di sini.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada para dermawan yang budiman ataupun syarikat-syarikat untuk menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut.
Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaun Maybank PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , no akaun 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah di talian 010-231 8581 / 017-312 8581.
MOGA ALLAH swt MEMBERIKAN GANJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA PARA DERMAWAN SEKELIAN.

**sila whatsapp / telegram slip transaksi anda ke nombor tertera di atas **
Kini Syawal menjelang tiba
Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.
Dikesempatan ini,kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama kepada para dermawan sekelian. Kami doakan agar segala amalan tuan/puan diterima seterusnya diberkati Allah swt. Hanya Allah sahaja yang dapat mengurniakan sebaik ganjaran kepada tuan/puan sekelian.
Syukur alhamdulillah.
Sabtu, 2 Julai 2016
Menjelang Aidilfitri
Tinggal beberapa hari sahaja lagi,seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Sudah pasti dikalangan kita sedang sibuk membuat persiapan agar Aidilfitri kali ini lebih meriah.
Namun disebalik kegembiraan ada yang berduka. Tatkala kita sedang sibuk memilih pakaian baru untuk anak-anak kita, ada anak-anak yang hanya mampu memerhatikan sahaja.
Tanggal 1 Julai 2016, kesedihan anak-anak Raudhatul Jannah terubat pabila pelbagai pihak hadir menghulurkan sumbangan,baik dari segi kewangan mahupun material. Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima kunjungan daripada Cikgu Hamid dan keluarga.
Terima kasih Cikgu Hamid dan Tuan Haji Fathulmubin serta keluarga di atas kunjungan serta sumbangan yang telah dihulurkan bagi menceriakan Aidilfitri anak-anak ini.Doa kami,agar Cikgu Hamid,Haji Fathulmubin sekeluarga diluaskan rezeki dan segala amalan diterima Allah swt.
Rabu, 29 Jun 2016
UniKL MIAT menyantuni penghuni Raudhatul Jannah
Syukur kehadrat Ilahi di atas segala-galanya.
Alhamdulillah. 28 Jun 2016,seramai 25 orang penuntut dari UniKL MIAT telah berkunjung ke Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan berterawikh bersama anak-anak di sini disamping menyerahkan sumbangan barangan dapur dan kewangan.
Mereka berganding bahu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Menu istimewa iaitu nasi arab dan daging kambing dihidangkan kepada anak-anak.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Program, Cik Aina di atas kejayaan menganjurkan program yang cukup bermakna ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UniKL MIAT yang hadir terutama kepada Ybhg Kapten Rahman.
Kami berharap agar kunjungan ini bukan yang pertama dan yang terakhir. Banyak lagi program-program boleh diadakan bersama dimasa akan datang.
Isnin, 27 Jun 2016
Kelab EXORA Sepang dan Kuala Langat beramal.
Syukur alhamdulillah. Menjelang Aidilfitri 1437H yang bakal menjekma tidak berapa lama lagi,pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada anak-anak kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Tanggal 26 Jun 2016,kelab Exora Sepang dan Kuala Langat yang diketuai oleh Encik Hezry dan disertai kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga telah hadir ke Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama-sama.
Pihak pengurusan,merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Exora Sepang dan Kuala Langat di atas program yang dilaksanakan pada hari ini serta berharap agar pertemuan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan yang terakhir dan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbanganyang telah dihulurkan. Kami juga berdoa agar rezeki para dermawan dan keluarga serta amal ibadah diberkati Allah swt.
Sabtu, 25 Jun 2016
Jumaat, 24 Jun 2016
Khamis, 23 Jun 2016
Ahad, 5 Jun 2016
Rabu, 1 Jun 2016
Keperluan dan barang makanan DIPERLUKAN ...
Ganjaran yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah amat besar. Sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan kemudian tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji adalah perumpamaan perbelanjaan yang dikeluarkan pada jalan Allah.
BERSEDEKAH adalah salah satu daripada apa yang disebut sebagai membelanjakan harta pada jalan Allah. Ini kerana tujuan seseorang BERSEDEKAH itu adalah atas dasar mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
BERSEDEKAH sama ada dengan wang ringgit atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya. Orang yang BERSEDEKAH mendapat balasan pahala, sementara bagi orang yang menerimanya pula dapat menggunakan SEDEKAH tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya.
Kenapa mesti BERSEDEKAH?Jawapan pada soalan ini telah dijawap sendiri oleh Allah Taala dalam al-Quran Surah at-Taubah, Ayat 130 yang tafsirnya: "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi SEDEKAH (ZAKAT), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (Surah at-Taubah:130).
Ayat ini mengajarkan untuk mengambil SEDEKAH dari hartanya kaum Mukminin, baik itu SEDEKAH yang ditentukan ataupun SEDEKAH yang tidak ditentukan.
Selasa, 31 Mei 2016
Hulurkan sumbangan..ganjaran akhirat menanti anda
Menjelang bulan Ramadhan ini,kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berharap kepada para dermawan sekelian untuk menghulurkan sedikit sumbangan tunai bagi membiayai kos pembelian tilam,cadar,katil dan bantal untuk kegunaan 32 orang penghuni di sini.
Firman ALLAH: (SURAH AL BAQARAH:261)
"UMPAMA ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SEPERTI SEBUAH BIJI YANG TUNBUH MENjADI TUJUH TANGKAI, PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU BERBUAH SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN BAGI SIAPA YNAG DIKEHENDAKINYA. ALLAH MEMPUNYAI KURNIA LUAS, LAGI MAHA MEGETAHUI".
SEPASANG BAJU RAYA BUAT SAYA....ALHAMDULILLAH
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).
Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada ANAK YATIM amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di Syurga bagi orang yang menjaga ANAK YATIM.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Penjaga ANAK YATIM daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam Syurga”. Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu” (HR.Muslim).
Menghulurkan SEDEKAH kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu.
Isnin, 30 Mei 2016
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke Raudhatul Jannah
28 Mei 2016 ( Sabtu ) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah berkunjung serta beramah mesra dengan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah. Program setengah hari turut disertai oleh Doktor , Pegawai perubatan serta para jururawat dari Klinik Kesihatan Bukit Changgang dan dari Klinik Pergigian Daerah Kuala Langat.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk beramah mesra dengan para penghuni dan kakitangan Raudhatul Jannah disamping pemeriksaan kesihatan. Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga turut menyampaikan sumbangan barangan runcit untuk kegunaan dan kperluan para penghuni lebih-lebih lagi menjelangnya bulan Ramadhan ini.
Mewakili penghuni dan kakitangan Raudhatul Jannah, jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang terlibat pada program hari ini. Kami TIDAK dapat membalasnya dengan wang ringgit,hanya doa yang dapat kami utuskan buat para dermawan sekelian.
Kami juga berharap agar program ini BUKANLAH program yang pertama dan yang terakhir. Pintu Rumah Amal Raudhatul Jannah senantiasa terbuka kepada tuan/puan dermawan sekelian..
Terima kasih daun keladi...Insha Allah kita jumpa lagi....
"Tak ada yang lebih indah daripada orang kaya yang dermawan, dan tak ada yang lebih indah dari orang miskin yang dermawan"
Isnin, 23 Mei 2016
AMAL X-SM Bukit Changgang
Syukur Alhamdulillah..
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Changgang di atas segala sumbangan dan tajaan yang diberikan kepada anak-anak di sini sempena dengan program kunjungan serta ramah mesrayang telah diadakan pada 22 Mei 2016. Bagi anak-anak ini besar atau kecil sumbangan itu bukannya menjadi ukuran. Alhamdulilah, dengan adanya sumbangan tersebut,sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati anak-anak ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan dan Syawal ini nanti.
Kami mendoakan agar ALLAH swt mengurniakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah kepada para dermawan sekelian.
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Changgang di atas segala sumbangan dan tajaan yang diberikan kepada anak-anak di sini sempena dengan program kunjungan serta ramah mesrayang telah diadakan pada 22 Mei 2016. Bagi anak-anak ini besar atau kecil sumbangan itu bukannya menjadi ukuran. Alhamdulilah, dengan adanya sumbangan tersebut,sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati anak-anak ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan dan Syawal ini nanti.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Selasa, 3 Mei 2016
TAJAAN RAMADHAN 1437H / 2016
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun..
Sumbangan tunai amat kami harapkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon seperti tertera di bawah :
Sumbangan tunai amat kami harapkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon seperti tertera di bawah :
Isnin, 4 April 2016
Ahad, 3 April 2016
Jalinan persaudaraan
Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua serta warga UM yang lain.
Khamis, 24 Mac 2016
Sumbangan ANDA mampu menggembirakan anak-anak Raudhatul Jannah..
Assalammualaikum,
Para dermawan sekelian, Ramadhan dan Syawal bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Sudah pasti ramai dikalangan kita sudah merancang pelbagai perkara demi menyambut bulan mulia ini. Namun, bagi 33 orang penghuni, mereka hanya mampu melihat dan memerhati sahaja. Insha ALLAH, jika ada rezeki mereka, adalah..
SUMBANGAN dan TAJAAN DARIPADA ANDA AMAT KAMI HARAPKAN AGAR RAMADHAN DAN SYAWAL INI MEMBERI 1001 MAKNA BUAT ANAK-ANAK INI.
SALURKAN SEGALA SUMBANGAN ANDA KE AKAUN RASMI : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , MAYBANK 5646 8710 8450.

Penghuni PUTERA |
Penghuni PUTERI |
SUMBANGAN dan TAJAAN DARIPADA ANDA AMAT KAMI HARAPKAN AGAR RAMADHAN DAN SYAWAL INI MEMBERI 1001 MAKNA BUAT ANAK-ANAK INI.
SALURKAN SEGALA SUMBANGAN ANDA KE AKAUN RASMI : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , MAYBANK 5646 8710 8450.
Rabu, 24 Februari 2016
Saham yang menguntungkan ANDA
Assalammualaikum...
Kepada para sahabat-sahabat sekelian.
Kami memerlukan 2 unit "water-cooler" untuk kegunaan para penghuni di sini. Kos dianggarkan RM1,500.00 seunit.
Tajaan dan sumbangan para sahabat amat diharapkan.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya dinombor 010-231 8581 / 017-312 8581.
Sumbangan tunai/pindahan /cek di atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , Maybank 5 6 4 6 8 7 1 0 8 4 5 0.
Setelah selesai transaksi,saya pohon kerjasama agar dapat whatsapp slip bank ke nombor tersebut agar sumbangan anda ini digunakan untuk pembelian "water-cooler"ini sahaja.

Sabtu, 20 Februari 2016
Syabas ..Syabas
Bekalan air terputus,berikutan penutupan loji rawatan air Bukit Tampoi yang ditutup sejak kelmarin. Ujian daripada Nya kepada hamba-hamba Nya.
Pelbagai langkah diambil bagi memastikan penghuni senantiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Dikesempatan ini,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihah Syabas Wilayah Kuala Langat yang membantu edarkan bekalan air untuk kegunaan penghuni.
Untuk memasak dan minum pihak pengurusan telah sediakan hampir 100 botol air mineral.
Ahad, 14 Februari 2016
Berganding-bahu....demi 1 matlamat
Syukur Alhamdulillah, ikatan persaudaraan diantara kami Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan Group Amal Jannah semakin kukuh dan semakin erat. Usia Group ini boleh dikatakan hampir sama dengan usia Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Terdiri daripada kakitangan syarikat penerbangan Air Asia,mereka bergabung membentuk 1 pasukan khusus membantu anak-anak di sini. Dalam kesibukan tugas seharian mereka,hari ini mereka datang bersama keluaga dan menikmati juadah makan tengahari bersama dengan anak-anak.
Dalam kesibukan bermesra dengan anak-anak,kami terdengar deruman motor berkuasa tinggi. Sebanyak 13 biji motor berkuasa tinggi memasuki perkarangan Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Satu kejutan yang mereka buat demi untuk anak-anak di sini.
Mewakili anak-anak,jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh sahabat-sahabat Amal Jannah dan Bikers kerana singgah dan makan tengahari bersama kami..
Rabu, 10 Februari 2016
Selasa, 9 Februari 2016
Bila guru bergabung...
Demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sebaiknya,pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah berusaha mendapatkan guru-guru yang profesional. Alhamdulillah,Haji Rahmat bin Haji Salihon pesara guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad yang kini merupakan salah seorang penulis bagi mata pelajaran seni telah bersetuju mencurahkan ilmunya demi masa hadapan anak-anak.
Pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga berasa amat bertuah kerana telah mendapat kerjasama dari seorang lagi guru yang akan membantu anak-anak meningkatkan semangat untuk belajar. Terima kasih Cikgu Hamid Mohamad Asanar.

Isnin, 8 Februari 2016
Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat memerlukan sumbangan dari tuan/puan demi masa hadapan 33 orang penghuni di sini.
Pelbagai program telah diatur untuk anak-anak di sini seperti kelas tambahan,kelas agama serta kursus-kursus yang berkaitan dengan minat mereka.
Pelbagai kemudahan perlu kami sediakan seperti katil,tilam,bantal,selimut juga cadar.
Serta banyak lagi yang perlu kami sediakan demi keselesaan dan keselamatan anak-anak di sini.
Kami juga memerlukan dana untuk membeli sebuah van bagi kegunaan anak-anak dan kakitangan.
TANPA SOKONGAN...TANPA SUMBANGAN..TANPA TAJAAN dari tuan/puan,adalah mustahil bagi kami untuk laksanakannya.
BANTULAH KAMI.

Sabtu, 6 Februari 2016
Ringankan tangan...hulurkan sumbangan
"Ringankan tangan...hulurkan sumbangan"
Kami berharap kepada Tuan/Puan para dermawan sekelian agar dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan agar kami dapat membesarkan anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin dengan lebih sempurna.

Sumbangan tunai/pindahan wang/cek di atas nama:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL no akaun MAYBANK 5646 8710 8450
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL no akaun MAYBANK 5646 8710 8450
Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi :
010-2318581 / 017-3128581
010-2318581 / 017-3128581
Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Khamis, 4 Februari 2016
Sabtu, 30 Januari 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor
Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan Integri...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammmualaikum/Salam sejahtera. Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor,kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi...
-
20 Mei 2018 / 5 Ramadhan 1439H memberikan satu kenangan manis buat kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila penuntut dari UiTM Shah Alam...