Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Isnin, 27 Jun 2016
Kelab EXORA Sepang dan Kuala Langat beramal.
Syukur alhamdulillah. Menjelang Aidilfitri 1437H yang bakal menjekma tidak berapa lama lagi,pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada anak-anak kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Tanggal 26 Jun 2016,kelab Exora Sepang dan Kuala Langat yang diketuai oleh Encik Hezry dan disertai kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga telah hadir ke Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama-sama.
Pihak pengurusan,merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Exora Sepang dan Kuala Langat di atas program yang dilaksanakan pada hari ini serta berharap agar pertemuan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan yang terakhir dan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbanganyang telah dihulurkan. Kami juga berdoa agar rezeki para dermawan dan keluarga serta amal ibadah diberkati Allah swt.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan