Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat memerlukan sumbangan dari tuan/puan demi masa hadapan 33 orang penghuni di sini.
Pelbagai program telah diatur untuk anak-anak di sini seperti kelas tambahan,kelas agama serta kursus-kursus yang berkaitan dengan minat mereka.
Pelbagai kemudahan perlu kami sediakan seperti katil,tilam,bantal,selimut juga cadar.
Serta banyak lagi yang perlu kami sediakan demi keselesaan dan keselamatan anak-anak di sini.
Kami juga memerlukan dana untuk membeli sebuah van bagi kegunaan anak-anak dan kakitangan.
TANPA SOKONGAN...TANPA SUMBANGAN..TANPA TAJAAN dari tuan/puan,adalah mustahil bagi kami untuk laksanakannya.
BANTULAH KAMI.
Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rezeki Anak : 26 September 2025
Projek Rezeki Anak Pada 26 September 2025( Jumaat ) , pengurusan dapur Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor telah me...

-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Demi memastikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah kecapi kejayaan dunia dan akhirat,kam...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan