Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Rabu, 29 Jun 2016
UniKL MIAT menyantuni penghuni Raudhatul Jannah
Syukur kehadrat Ilahi di atas segala-galanya.
Alhamdulillah. 28 Jun 2016,seramai 25 orang penuntut dari UniKL MIAT telah berkunjung ke Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk berbuka puasa dan berterawikh bersama anak-anak di sini disamping menyerahkan sumbangan barangan dapur dan kewangan.
Mereka berganding bahu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Menu istimewa iaitu nasi arab dan daging kambing dihidangkan kepada anak-anak.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Program, Cik Aina di atas kejayaan menganjurkan program yang cukup bermakna ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UniKL MIAT yang hadir terutama kepada Ybhg Kapten Rahman.
Kami berharap agar kunjungan ini bukan yang pertama dan yang terakhir. Banyak lagi program-program boleh diadakan bersama dimasa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan