Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sabtu, 2 Julai 2016
Menjelang Aidilfitri
Tinggal beberapa hari sahaja lagi,seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Sudah pasti dikalangan kita sedang sibuk membuat persiapan agar Aidilfitri kali ini lebih meriah.
Namun disebalik kegembiraan ada yang berduka. Tatkala kita sedang sibuk memilih pakaian baru untuk anak-anak kita, ada anak-anak yang hanya mampu memerhatikan sahaja.
Tanggal 1 Julai 2016, kesedihan anak-anak Raudhatul Jannah terubat pabila pelbagai pihak hadir menghulurkan sumbangan,baik dari segi kewangan mahupun material. Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima kunjungan daripada Cikgu Hamid dan keluarga.
Terima kasih Cikgu Hamid dan Tuan Haji Fathulmubin serta keluarga di atas kunjungan serta sumbangan yang telah dihulurkan bagi menceriakan Aidilfitri anak-anak ini.Doa kami,agar Cikgu Hamid,Haji Fathulmubin sekeluarga diluaskan rezeki dan segala amalan diterima Allah swt.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)
19 Jun 2025/Khamis Alhamdulillah. Usai menunaikan hajat para dermawan kami.
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Demi memastikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah kecapi kejayaan dunia dan akhirat,kam...
-
“𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan