Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Rabu, 14 Disember 2016
Saham akhirat
Alhamdulillah,hari ini kami menerima tetamu daripada penuntut-penuntut UKM. Program amal setengah hari ini sesungguhnya memberi 1001 makna kepada anak-anak Rumah Amal raudhatul Jannah dalam mengenl erti kehidupan terutama erti bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penuntut UKM ini di atas segala khidmat bakti ini. Kami doakan agar kalian berjaya dalam segala bidang dan sering berada di bawah lindungan ALLAH swt.
" Kami berharap,agar perjumpaan ini bukanlah merupakan perjumpaan yang pertama kali,dan juga bukanlah perjumpaan yang terakhir,pintu pagar kami senantiasa terbuka "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Munajat SPM 2026
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Munajat SPM 2026 Rumah Amal Raudhatul Jannah telah selesai dilaksanakan pada 5 Septembe...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Syukur alhamdulillah,tanggal 7 Ogos 2016, hasrat penghuni untuk memiliki sebuah dewan terbuka telah direalisasikan apabila ianya telah diras...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan