Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Ahad, 14 Februari 2016
Berganding-bahu....demi 1 matlamat
Syukur Alhamdulillah, ikatan persaudaraan diantara kami Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan Group Amal Jannah semakin kukuh dan semakin erat. Usia Group ini boleh dikatakan hampir sama dengan usia Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Terdiri daripada kakitangan syarikat penerbangan Air Asia,mereka bergabung membentuk 1 pasukan khusus membantu anak-anak di sini. Dalam kesibukan tugas seharian mereka,hari ini mereka datang bersama keluaga dan menikmati juadah makan tengahari bersama dengan anak-anak.
Dalam kesibukan bermesra dengan anak-anak,kami terdengar deruman motor berkuasa tinggi. Sebanyak 13 biji motor berkuasa tinggi memasuki perkarangan Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Satu kejutan yang mereka buat demi untuk anak-anak di sini.
Mewakili anak-anak,jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh sahabat-sahabat Amal Jannah dan Bikers kerana singgah dan makan tengahari bersama kami..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan