Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 7 Julai 2016

VAN diperlukan


Assalammmualaikum/Salam sejahtera.
Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor,kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi membeli sebuah van Toyota Hiace bagi menggantikan van yang sedia ada untuk kegunaan 32 orang penghuni di sini. Untuk makluman, pihak kami terpaksa menggantikannya kerana keadaan van tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang baik. Sudah pasti sedikit sebanyak ianya mengganggu segala urusan yang melibatkan anak-anak di sini.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada para dermawan yang budiman ataupun syarikat-syarikat untuk menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut.
Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaun Maybank PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , no akaun 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah di talian 010-231 8581 / 017-312 8581.
MOGA ALLAH swt MEMBERIKAN GANJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA PARA DERMAWAN SEKELIAN.
**sila whatsapp / telegram slip transaksi anda ke nombor tertera di atas **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...