Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 2 Julai 2026

JKM Turun Padang tengok anak-anak RARJ

 


Lawatan, Pemeriksaan & Penaziran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat ke Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ)
Alhamdulillah, pada 2 Julai 2026 (Khamis), Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) telah menerima lawatan, pemeriksaan dan penaziran daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Nurafzan dan Puan Nur Atiqah, Pegawai PKD Kuala Langat, atas kesudian hadir, memberi bimbingan, teguran yang membina serta pandangan yang amat berguna dalam usaha kami memperkukuhkan pengurusan pusat jagaan.


Setiap teguran dan cadangan yang diberikan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan berterusan demi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penghuni sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga hubungan kerjasama yang baik antara Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan Rumah Amal Raudhatul Jannah akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
Terima kasih, Puan Nurafzan dan Puan Nur Atiqah.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan urusan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Munajat SPM 2026

  Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Munajat SPM 2026 Rumah Amal Raudhatul Jannah telah selesai dilaksanakan pada 5 Septembe...