Pada 19 Disember 2025, seramai 39 orang yang terdiri daripada anak-anak serta kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menyertai program Family Day 2025 yang diadakan di Rot Thai Steamboat, Setapak. Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh ceria, santai dan menyeronokkan.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara anak-anak dan kakitangan, di samping memberi peluang kepada semua untuk berehat serta menikmati masa berkualiti bersama selepas melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Program ini juga menjadi wadah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan warga Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Sepanjang majlis, para peserta menikmati hidangan steamboat yang lazat sambil berinteraksi dalam suasana mesra dan harmoni. Gelak tawa dan keceriaan jelas terpancar di wajah setiap peserta, menjadikan malam tersebut penuh dengan kenangan indah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Roslan Mohd Ghazali atas tajaan dana bagi menjayakan program ini. Sumbangan dan sokongan beliau amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kejayaan Family Day Rumah Amal Raudhatul Jannah 2025.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan