Pada 2 Mei 2026/Sabtu, program Pemeriksaan Kesihatan untuk anak-anak serta kakitangan RARJ telah diadakan dengan kerjasama Klinik Haramain Jenjarom.
OBJEKTIF AKTIVITI:
1. Memastikan tahap kesihatan kakitangan dan anak-anak penghuni RARJ berada dalam keadaan baik.
2. Pengesanan awal sebarang masalah kesihatan dalam kalangan warga RARJ.
3. Memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.
4. Mengeratkan hubungan antara RARJ dengan komuniti perubatan setempat.
Program bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta. Seramai 27 orang terdiri daripada 3 kakitangan dan 24 orang penghuni telah menjalani pemeriksaan.
Antara saringan yang dijalankan:
- Pemeriksaan tekanan darah dan mata
- Pemeriksaan am oleh pegawai perubatan
Program berjalan lancar dalam suasana ceria dan teratur.
RARJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Klinik Haramain, Jenjarom yang diketuai oleh Dr. Haji Zaim Asniel atas kesudian meluangkan masa, tenaga dan kepakaran bagi menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin kesejahteraan warga RARJ.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik Dr. Haji Zaim Asniel dan seluruh pasukan Klinik Haramain 24 Jam dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, melimpahkan rezeki, serta memberikan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga Allah merahmati usaha kita semua dalam menjaga amanah anak-anak ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.