Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 29 Julai 2026

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta




 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Raudhatul Jannah merakamkan ucapan Salam Takziah kepada USTAZ HAFIZUDDIN NOR ZAMAN dan seluruh ahli keluarga atas pemergian anak tercinta ke rahmatullah pada:

Tarikh : 29 Julai 2026 / Rabu,
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah turut bersedih di atas ujian besar yang menimpa keluarga Ustaz. Kehilangan orang tersayang sememangnya satu ujian yang amat berat.Namun kami yakin, setiap yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada Ustaz dan isteri dalam menghadapi saat sukar ini.

Semoga anak syurga ini ditempatkan di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga dia menjadi asbab pahala, syafaat dan penantian yang indah buat kedua ibu bapa di pintu syurga kelak.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا

"Ya Allah, jadikanlah anak ini sebagai pendahulu bagi kedua ibu bapanya, sebagai simpanan dan ganjaran buat mereka di akhirat."

Al-FatihahMarilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah:

Pihak Pengurusan, Kakitangan dan Penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah mendoakan agar keluarga Ustaz diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan. 

Kami bersama Ustaz di dalam doa.

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 

- Surah Al-Baqarah : 155

IKHLAS DARIPADA

PENGURUSAN, KAKITANGAN & PENGHUNI

RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
#SalamTakziah #Innalillah #RumahAmalRaudhatulJannah #AnakSyurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Munajat SPM 2026

  Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Munajat SPM 2026 Rumah Amal Raudhatul Jannah telah selesai dilaksanakan pada 5 Septembe...